Selasa, 9 Mac 2010

Attending For Wedding :

Assalammualaikum..
Untuk perhatian kepada adik beradik dan family..majlis kenduri cu sebelah Azrul akan di adakan pada 27 th Mac 2010 pada hari Sabtu, bertempat di Dewan Gemala Sari,Dewan Risda Ampang Kuala Lumpur bemula jam 12.30 tgh hingga 3.00 petang.
Kat bawah ni cu dah list kan senarai nama semua adik beradik termasuk abah n mak. Sila comfrim siapa yg dapat hadir dan tidak dapat hadir ok. (Tempat disediakan sebanyak 50 org sahaja, list kat bawah ni 30 org dan kekosangan sebanyak 20 org lagi) :

1) Abah

2) Mak
3) Abg Long
4) Kak Long
5) Aina
6) Fiqah
7) Hafiz
8) Dina
9) Abg Ngah
10) Kak Ngah
11) Azim & Amin
12) De (Shania)
13) Abg De
14) Faris
15) Alya
16) Syamil
17) Nurin
18) Alang (Danish)
19) Abg Alang
20) Najwa
21) Fiqry
22) Lisa
23) Andak
24) Ong
25) Ali
26) Siti ( Hanna)
27) Fauzi
28) Dekngah
29) Kemei
30) Asmar

Sila comfrim ngan cu nanti sebelum 19hb Mac, list yg baru akan di update kemudian.. nanti bole tengok.Terima kasih

Isnin, 1 Februari 2010

Safar

BULAN Safar adalah bulan kedua mengikut perkiraan kalendar Islam yang berdasarkan tahun Qamariah (perkiraan bulan mengelilingi bumi). Safar ertinya kosong. Dinamakan Safar kerana dalam bulan ini orang-orang Arab sering meninggalkan rumah mereka menjadi kosong kerana melakukan serangan dan menuntut pembalasan ke atas musuh-musuh mereka. Antara peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam pada bulan ini ialah Peperangan Al-Abwa pada tahun kedua Hijrah, Peperangan Zi-Amin, tahun ketiga Hijrah dan Peperangan Ar-Raji (Bi'ru Ma'unah) pada tahun keempat Hijrah.

Di dalam bulan ini juga ada di kalangan umat Islam mengambil kesempatan melakukan perkara-perkara bidaah dan khurafat yang bertentangan dengan syariat Islam. Ini kerana menurut kepercayaan turun-temurun sesetengah orang Islam yang jahil, bulan Safar ini merupakan bulan turunnya bala bencana dan mala- petaka khususnya pada hari Rabu minggu terakhir. Oleh sebab itu setiap tahun mereka akan melakukan amalan-amalan karut sebagai cara untuk menolak bala yang dipercayai mereka itu.

Antara amalan khurafat yang pernah muncul di alam Melayu ialah upacara Pesta Mandi Safar. Amalan ini menjadi popular suatu waktu dahulu. Apabila tiba bulan Safar, umat Islam terutamanya yang tinggal berhampiran dengan pantai atau sungai akan mengadakan upacara mandi beramai-ramai dengan kepercayaan perbuatan berkenaan boleh menghapuskan dosa dan menolak bala. Pada biasanya amalan mandi Safar ini dilakukan pada hari Rabu minggu terakhir dalam bulan Safar.

Selain daripada amalan tersebut, kebanyakan umat Islam pada masa ini, khususnya orang-orang tua di negara ini tidak mahu mengadakan majlis perkahwinan dalam bulan Safar kerana mereka berpendapat dan mempercayai bahawa kedua-dua pengantin nanti tidak akan mendapat zuriat. Amalan dan kepercayaan seperti itu jelas bercanggah dengan syariat Islam serta boleh menyebabkan rosaknya akidah.

Sebenarnya nahas atau bala bencana itu tidaklah berlaku hanya pada bulan Safar sahaja. Kepercayaan karut itu telah ditolak dan dilarang dengan kerasnya oleh agama Islam sebagaimana firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah At-Taubah ayat 51 yang tafsirannya:

"Katakanlah (wahai Muhammad), tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal.''

Mengamalkan perkara-perkara khurafat atau kepercayaan karut adalah nyata ditegah oleh syarak di samping ketiadaan manfaatnya ia boleh merosakkan akidah seseorang dan ia juga menambahkan amalan-amalan bidaah yang buruk. Oleh yang demikian, umat Islam hendaklah melemparkan sangkaan atau kepercayaan karut tersebut supaya kita terlepas daripada amalan-amalan yang boleh membawa kepada syirik. [Sumber: Pelita Brunei]

Sabtu, 21 November 2009

Walimatulurus Majlis Perkahwinan Chu

Assalammualaikum...kepada semua..jemputan ke majlis kenduri chu..semoga dengan kehadiran semua dapat menyerikan lagi majlis ini dan mendapat keberkatan illahi hendaknya..Sekian..