Isnin, 29 Jun 2009

Temerloh .......

Salam, walau ke mana pun kite pegi atau merantau, Temerloh tetap di hati .... Koi dah pergi ke banyak tempat, tapi mestilah Temerloh tidak dilupa ......

Bandor Temerloh

Jalan Maran

Kg. Paya Pulai

Disenaraikan laman2 menarik tentang Temerloh :-

a) Wikipedia
g) MPT
h) Pahang Community Forum
i) Kameh Oxperd Pahang
j) Rodhong Coil
k) [Akan ditambah lagi .....]

Sabtu, 27 Jun 2009

Soalan2 Lazim (FAQ) Influenze A H1N1

A. Berkenaan Penyakit

1. Apakah itu penyakit Influenza A (H1N1)?

Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh sejenis virus baru. Virus ini terhasil dari mutasi gene virus influenza babi, burung dan manusia.

2. Negara mana yang dilanda penyakit ini?

Maklumat yang ada pada masa ini menunjukkan bahawa kes yang terawal dijangkiti virus ini dilaporkan dari Mexico dan Amerika Syarikat pada April 2009 dan telah terus menular ke negara-negara lain.

Untuk maklumat terkini tentang negara-negara yang dilanda penyakit ini, sila rujuk laman web www.moh.gov.my (http://www.moh.gov.my/MohPortal/newsFull.jsp?action=load&id=446) dan www.who.int.

3. Apakah tanda dan gejala penyakit ini?

Gejala awal jangkitan ini adalah mirip selesema, seperti demam, batuk, sakit kepala, sakit badan, sakit tekak, selesema dan kadangkala muntah-muntah atau cirit birit.

4. Bagaimana kita boleh dijangkiti?

Virus ini berjangkit apabila pesakit batuk atau bersin. Titisan cecair pernafasan yang keluar akan terkena tangan pesakit, permukaan-permukaan (surfaces) atau tersebar ke udara. Seterusnya, seseorang akan dijangkiti sama ada melalui pernafasan; melalui sentuhan dengan tangan pesakit atau menyentuh permukaan-permukaan yang tercemar dengan titisan cecair pesakit.

5. Pada masa ini, adakah jangkitan berlaku daripada babi kepada manusia?

Tidak

6. Apakah nasihat kepada orang yang dijangkiti virus ini?

a) SEGERA dapatkan rawatan daripada doktor.

b) Untuk mengelakkan jangkitan kepada orang lain, tutup mulut dengan tisu atau sapu tangan apabila batuk dan bersin. Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun.

c) Tinggal di rumah dan hadkan hubungan dengan orang lain. Elak menyentuh mata, hidung dan mulut.

d) Elakkan daripada pergi ke tempat awam yang sesak.

e) Jangan gunakan pengangkutan awam untuk menggelakkan jangkitan kepada orang lain.

7. Berapa lamakah orang yang dijangkiti boleh menyebarkan virus ini?

a) Selagi mereka mempunyai gejala penyakit ini. Biasanya sehingga 7 hari dari tarikh mula mengalami gejala penyakit ini.

b) Kanak-kanak boleh menyebarkan penyakit ini bagi tempoh yang lebih lama.

8. Bagaimana anda boleh menghindari jangkitan penyakit ini?

a) Jauhi orang yang nampak tidak sihat dan menghidapi demam dan batuk.

b) Kerap cuci tangan dengan air dan sabun.

c) Elak menyentuh muka, khususnya hidung dan mulut untuk mengurangkan kemungkinan jangkitan.

d) Jika anda berada di tempat yang dilanda penyakit ini, elakkan berada di tempat awam yang sesak.

e) Ketahui situasi semasa penyakit ini dan langkah-langkah pencegahan yang perlu diambil.

f) Amalkan cara hidup sihat. Dapatkan tidur yang cukup, makan secara sihat dan lakukan aktiviti fizikal.

B. Berkenaan Vaksin

1. Terdapatkah vaksin untuk melindungi diri daripada Influenza A (H1N1)?

Belum ada.

2. Adakah vaksin baru akan dicipta?

Ya. WHO sedang berusaha ke arah itu.

3. Bilakah vaksin yang sesuai akan dihasilkan?

Mengikut WHO, ini akan mengambil masa antara 4 hingga 6 bulan.

C. Berkenaan Rawatan

1. Terdapatkah ubat untuk merawat penyakit ini?

Kementerian Kesihatan Malaysia mempunyai stok antiviral yang boleh merawat Influenza A (H1N1).

2. Bolehkah antiviral ini memberi perlindungan?

Antiviral ini digunakan untuk memberi rawatan yang berkesan dan tidak memberi perlindungan sepertimana vaksin.

D. Berkenaan Babi dan Influenza A (H1N1)

1. Adakah selamat memakan daging babi dan produk babi?

Ya. Daging babi dan produk babi yang dimasak pada suhu yang betul (160°F/70°C) adalah selamat untuk dimakan.

E. Berkenaan perjalanan ke luar negara

1. Bolehkah kita ke luar negara?

WHO tidak mengeluarkan sebarang larangan perjalanan. Walaubagaimanapun perjalanan yang tidak penting, khususnya ke negara-negara yang dilanda wabak ini perlulah dielak atau ditangguhkan. Jika perjalanan tidak dapat dielak, langkah-langkah perlindungan diri yang sesuai mesti diambil.

Mereka yang sakit mesti menangguhkan perjalanan. Sekiranya jatuh sakit setelah pulang, segera dapatkan rawatan.

F. Berkenaan Tahap-Tahap Pandemik

1. Apakah maksud tahap amaran Fasa 5 yang dikeluarkan WHO?

Pada tahap ini telah ada wabak di peringkat komuniti di sekurang-kurangnya 2 negara dalam satu-satu zon/kawasan/ rantau WHO.

2. Apakah yang dimaksudkan dengan jangkitan manusia yang berterusan (sustained human to human transmission)?

Jangkitan yang berlaku apabila 3 generasi terlibat – iaitu virus disebarkan daripada individu A kepada individu B dan seterusnya tersebar kepada individu C.

3. Apakah perbezaan antara ‘kes berkemungkinan dijangkiti’ (probable case) dan ‘kes disahkan’ (confirmed case)?

a) Kes yang ‘berkemungkinan dijangkiti’ mempunyai gejala-gejala selesema seperti demam, batuk, sakit kepala, lesu; dan sama ada positif kepada ujian influenza A atau mempunyai hubungan dengan kes lain yang ‘berkemungkinan dijangkiti’ atau kes yang telah disahkan.

b) Kes yang disahkan adalah kes yang telah disahkan positif melalui ujian makmal.

4. Pada peringkat manakah wabak ini akan diisytiharkan sebagai pandemik?

Pada fasa 6.

Bagi maklumat lanjut, sila hubungi Bilik Gerakan CPRC Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia di talian 03–8881 0200/0300 atau e-mel ke cprc@moh.gov.my

Maklumat Tambahan :

www.myhealth.gov.my/myhealth/bm

www.infosihat.gov.my

Kementerian Kesihatan Malaysia (02 Mei 2009/versi 2.0)

Jumaat, 26 Jun 2009

Penalaan Halus di dalam Alam Semesta

Dia Yang telah menciptakan tujuh lapisan syurga. Kamu tidak akan dapat menemui sebarang kecacatan dalam penciptaan Yang Maha Penyayang. Perhati kembali – adakah kamu lihat sebarang jurang? Kemudian perhati kembali dan kembali. Penglihatan kamu akan berubah kepada kamu terpukau dan kelelahan! (Quran, 67:3-4)

Dia Yang Memiliki kerajaan syurga–syurga dan bumi. Dia tidak beranak dan Dia tidak ada sekutu dalam kerajaanNya. Dia telah menciptakan segala-galanya dan telah menentukannya dengan amat sempurna. (Quran, 25:2)

Falsafah kebendaan muncul dengan tuntutan bahawa keseluruhan sistem adalah semulajadi dan alam semesta sebagai jentera yang berfungsi dengan sendiri serta perjalanan dan keseimbangan alam tanpa sebarang kecacatan hanyalah suatu kebetulan.

Walau bagaimanapun kini fahaman palsu kebendaan dan Darwinisme yang diistilahkan asas sains telah terbukti secara saintifik. (Lihat Harun Yahya, Percanggahan Evolusi dan Hujah Palsu Darwinisme)

Penemuan-penemuan saintifik abad ke-20 yang berturutan dengan pantas, satu demi satu dalam lapangan astrofizik dan biologi membuktikan kehidupan dan alam semesta telah dicipta.

Dengan runtuhnya penyataan kajian Darwinisme, teori Letupan Besar telah menunjukkan alam semesta telah diciptakan daripada tiada. Penemuan-penemuan telah menyerlahkan rekabentuk terhebat dan penalaan halus dalam dunia kebendaan yang telah menunjukkan ciri semulajadi yang dituntut oleh fahaman materialisme tanpa asas.

Kita perhatikan hanya Bumi yang dapat memenuhi syarat-syarat yang perlu bagi kehidupan. Bagi sebuah persekitaran yang sesuai untuk hidup, pelbagai keadaan yang tidak terhitung berlaku secara serentak tanpa noktah di sekeliling kita. Terdapat sejumlah ratusan bilion galaksi yang setiapnya mengandungi purata ratusan bilion bintang.

Dalam keseluruhan galaksi terdapat kemungkinan banyak planet seperti bintang. Bagi menghadapi bilangan yang terlampau kuasa ini, seseorang akan lebih memahami akibat pembentukan sebuah persekitaran tanpa pengecualian di bumi.

Daripada daya letupan besar kepada nilai-nilai fizikal atom, daripada tahap-tahap empat daya asas kepada proses kimia dalam bintang-bintang, daripada jenis cahaya yang dipancarkan oleh matahari kepada aras kelikatan air, daripada jarak bumi ke matahari kepada sudut kecondongan terhadap orbit dan daripada kelajuan putaran bumi atas paksinya kepada fungsi lautan dan gunung ganang di bumi: setiap yang terperinci sesuai bagi kehidupan kita.

Hari ini, dunia sains menerangkan ciri-ciri tersebut dengan konsep-konsep “Prinsip Antropik” dan “Penalaan Halus.” Konsep-konsep ini merumuskan bahawa alam semesta bukan tanpa tujuan, tanpa kawalan, atau pengumpulan jirim secara kebetulan tetapi mempunyai matlamat ke arah kehidupan manusia dan telah direkacipta dengan kepersisan tertinggi.

Perhatian diungkap dalam ayat di atas terhadap ukuran dan harmoni dalam ciptaan Allah. Perkataan “taqdeer” bermaksud “merekacipta, mengukur, mencipta dengan ukuran” telah diambilkira dalam ayat Al-Quran seperti Surah Al-Furqan 2. Perkataan “tibaaq” bermaksud “dalam harmoni” digunakan dalam Surah Al-Mulk 3 dan Surah Nuh 15.

Tambahan lagi, Allah menyingkap dalam Surah Al-Mulk dengan perkataan “tafaawut,” bermakna “bantahan, rusuhan, tidak mengikuti, tidak tersusun, berlawanan,” bahawa mereka yang mengingini ketidakharmonian akan gagal menemuinya.

Istilah “penalaan halus” yang telah mula digunakan hampir akhir abad ke-20 mewakili singkapan kebenaran dalam ayat-ayat tersebut. Selepas suku abad lalu, ramai saintis terulung, bijak pandai, dan penulis-penulis telah menunjukkan bahawa alam semesta bukan suatu pengumpulan kebetulan.

Sebaliknya wujud suatu rekacipta dan susunatur luarbiasa memenuhi setiap inci kehidupan manusia dengan amat sempurna. (Lihat Harun Yahya, Ciptaan Alam Semesta dan Satu Rantaian Keajaiban) Banyak ciri-ciri dalam alam semesta menunjukkan secara nyata rekaannya dijuruskan untuk menyokong kehidupan. Ahli Fizik Dr. Karl Giberson menyatakan fakta ini:

Dalam tahun 1960an, sejumlah ahli fizik membuat pemerhatian bahawa alam semesta kita telah ditala sehalusnya bagi kewujudan kehidupan manusia.

Kelajuan Letupan Besar :

Keseimbangan-keseimbangan yang diperkenalkan oleh fenomena letupan besar, kesegeraan formasi alam semesta adalah merupakan bukti-bukti keberadaan alam semesta secara kebetulan.

Menurut profesor ternama Universiti Adelaide dalam fizik matematik Paul Davies, sekiranya kadar pengembangan yang berlaku hasil letupan besar hanya satu dalam bilion bilion bahagian perbezaan, alam semesta tidak akan wujud.

Empat Daya :

Semua gerakan fizik dalam alam semesta berterimakasih kepada interaksi dan keseimbangan empat daya oleh fizik moden: graviti, daya electromagnet, daya kekuatan nuclear dan daya lemah nuclear. Daya-daya ini memiliki nilai-nilai luarbiasa antara satu sama lain.

Jarak antara Jasad Selestia :

Penempatan jasad-jasad selestia di angkasa dan ruang yang besar antara mereka adalah perlu demi kewujudan kehidupan di bumi. Jarak-jarak antara jasad-jasad selestia telah ditentukan melalui perkiraan dengan daya-daya sejagat yang berkuasa sebagai sokongan kehidupan atas muka bumi.

Graviti :

Jika graviti lebih kuat, ammonia dan metana berlebihan akan berkumpul di ruang atmosfera bumi memberikan kesan kemusnahan ke atas kehidupan.

Jika graviti lebih lemah, atmosfera bumi akan kehilangan kuantiti air berlebihan mengakibatkan kehidupan menjadi mustahil.

Jarak Bumi dari Matahari :

Jika jarak lebih jauh, planet akan menjadi amat sejuk, kitaran air atmosfera akan terjejas mengakibatkan planet mengalami zaman ais.

Jika bumi lebih dekat ke matahari, tumbuh-tumbuhan akan terbakar, kitaran air atmosfera musnah terus, dan kehidupan menjadi mustahil.

Ketebalan Kerak Bumi :

Jika kerak bertambah tebal, jumlah oksigen akan berpindah kepadanya secara berlebihan dari atmosfera.

Jika kerak bertambah nipis, peningkatan aktiviti gunung berapi mengakibatkan kehidupan menjadi mustahil.

Kelajuan Putaran Bumi :

Jika kelajuan berkurang, perbezaan suhu siang dan malam akan meningkat dengan besar.

Jika kelajuan bertambah, angin atmosfera akan mencapai kelajuan tertinggi mengakibatkan taufan dan ribut dan menjadikan kehidupan mustahil.

Medan Magnet Bumi :

Jika lebih kuat, ribut elektromagnetik yang amat kuat akan timbul.

Jika lebih lemah, maka bumi akan kehilangan perlindungan terhadap zarah-zarah berbahaya yang dikeluarkan oleh matahari dan dinamakan angin-angin suria. Kedua-dua keadaan akan mengakibatkan kehidupan menjadi mustahil.

Kesan Albedo (Pecahan Cahaya Pantulan oleh Bumi) :

Jika berlebih, zaman ais akan pantas terhasil.

Jika berkurang, kesan rumah hijau akan menyebabkan kepanasan lampau. Bumi akan mula dibanjiri dengan peleburan glasiar dan kemudian terbakar.

Perkadaran Oksigen dan Nitrogen dalam Atmosfera :

Jika bertambah, fungsi-fungsi terpenting untuk kehidupan akan diperlambatkan.

Jika berkurang, fungsi-fungsi terpenting untuk kehidupan akan dipercepatkan.

Perkadaran Karbon Dioksida dan Air dalam Atmosfera :

Jika bertambah, atmosfera akan mengalami panas lampau.

Jika berkurang, suhu atmosfera akan menurun.

Ketebalan Lapisan Ozon :

Jika bertambah, suhu bumi akan menurun secara mendadak.

Jika berkurang, bumi akan menjadi panas lampau dan tidak dapat bertahan terhadap sinaran lampau ungu yang dipancarkan oleh matahari.

Aktiviti Seismik (Gempa Bumi) :

Jika bertambah, akan berlaku perubahan mendadak yang tetap terhadap benda-benda hidup.

Jika berkurang, zat makanan di dasar laut akan gagal merebak ke dalam air. Ini akan memberi kesan kemusnahan kepada hidupan laut dan lautan juga seluruh benda-benda hidup di bumi.

Sudut Kecondongan Bumi :

Sudut kecondongan bumi ke orbit ialah 23 darjah.Ini merupakan penyebab kepada timbulnya musim-musim. Sekiranya sudut condong ini bertambah atau berkurang daripada nilainya kini, akan mengakibatkan perbezaan suhu antara musim-musim mencecah dimensi lampau, dengan musim panas teramat dan musim sejuk paling perit.

Saiz Matahari :

Bintang terkecil daripada matahari bermakna bumi akan membeku dan bintang terbesar akan mengakibatkan kebakaran.

Tarikan antara Bumi dan Bulan :

Jika bertambah, kuasa tarikan bulan akan memberi kesan tersangat serius ke atas keadaan atmosfera, kelajuan putaran bumi di atas paksinya dan pasang-surut lautan.

Jika berkurang, akan mengakibatkan perubahan iklim berlebihan.

Jarak antara Bumi dan Matahari :

Jika berkurang hanya sedikit, bulan akan berlanggar dengan bumi.

Jika bertambah hanya sedikit, bulan akan hilang di angkasa.

Jika berkurang walau sedikit, kesan bulan terhadap pasang surut di bumi akan mencapai dimensi berbahaya. Gelombang lautan akan melimpahi kawasan tanah rendah. Geseran yang timbul hasil daripada fenomena ini akan meningkatkan suhu lautan dan keseimbangan suhu peka yang perlu bagi kehidupan di bumi akan hilang.

Jika bertambah walau sedikit, pasang surut akan berkurang menjadikan lautan lebih tenang tanpa gelora. Air tenang akan membahayakan hidupan laut dan aras oksigen untuk pernafasan kita akan turut bahaya.

Suhu Bumi dan Kehidupan Asas Karbon :

Kewujudan karbon sebagai asas semua kehidupan bergantung kepada baki suhu dalam had tertentu. Karbon adalah bahan keperluan untuk molekul organic seperti asid amino, asid nukleik dan protin. Semua ini merupakan asas kehidupan. Atas alasan tersebut, kehidupan hanyalah berasaskan karbon. Oleh itu, suhu yang wujud mestilah tidak kurang daripada – 20 darjah Celsius dan tidak lebih daripada 1200 darjah Celsius (2480 F). Inilah had suhu atas bumi.

Ini hanya sebahagian kecil keseimbangan-keseimbangan peka yang berlebihan perlu bagi kehidupan atas bumi yang telah muncul dan untuk terus hidup. Bahkan ini sudah mencukupi untuk menyingkap secara nyata bahawa bumi dan alam semesta bukan wujud hasil daripada kebetulan-kebetulan yang berturutan.

Konsep-konsep “Penalaan Halus” dan “Prinsip Antropik” yang telah bermula digunakan dalam abad ke-20 merupakan pembuktian terhadap ciptaan Allah. Keharmonian dan perkadaran di dalamnya telah diterangkan dengan kejituan yang amat unggul empat belas abad dahulu dalam Al-Quran.


Oleh : Harun Yahya

Salam

SALAM, TAHNIAH ATAS KEJAYAAN BLOG BARU INI....

Khamis, 25 Jun 2009

Panduan Memberi Nama Anak

Memberi Nama Anak

Disunnahkan memberi nama bayi pada hari ketujuh dan kelahirannya atau pada hari kelahirannya.

Mengenai anjuran pada hari ketujuh adalah menurut riwayat Tirmidzi, dari Amr bin Syuaib, dari bapaknya, dari datuknya, bahawa Nabi SAW menyuruh memberi nama bayi pada hari ketujuh dari kelahirannya dan memotong tali pusatnya serta mengadakan akikah. (Tirmidzi menggolongkan sebagai Hadis Hasan)

Dengan isnad sahih, Abu Daud, Tirmidzi, Nasa’i, Ibnu Majah dan lainnya meriwayatkan dari Samurah bin Jundub, bahawa Rasul SAW bersabda :

“Setiap anak kecil tergantung dengan akikahnya yang disembelih baginya pada usia tujuh hari dan ia pun dicukur serta diberi nama.” (Tirmidzi menggolongkan sebagai Hadis Hasan Sahih)

Diriwayatkan dalam Sahih Muslim dan lainnya, dari Anas ra., bahawa Nabi SAW menyatakan:

“Malam ini aku mendapat anak, maka kuberi nama dengan nama bapakku (Nabi) Ibrahim SAW.”

Anas ra. berkata: ‘Abi Talhah mendapat anak, maka aku membawanya kepada Nabi SAW, lalu baginda mengucup mulutnya dan menamainya Abdullah. (HR. Bukhari & Muslim)

Sahal bin Saad As-Saidi ra. berkata: ‘Ketika Al-Mundzir bin Abi Usaid lahir, ia dibawa kepada Rasulullah SAW. Beliau meletakkannya di atas pehanya sedang Abu Usaid duduk. Nabi terlupa oleh sesuatu di hadapannya. Lalu Abu Usaid menyuruh mengangkatnya dari alas peha beliau. Kemudian mereka membawanya pulang.

Nabi SAW teringat, lalu beliau bertanya: ‘Di mana anak kecil itu? Abu Usaid menjawab: Telah kami bawa pulang, wahai Rasulullah.’ Beliau bertanya: ‘Siapa namanya? Dijawab oleh Abu Usaid: ‘Fulan.’ Beliau bersabda: ‘Tidak, tetapi namanya Al-Mundzir. Maka beliau SAW menamakannya pada waktu itu Al-Mundzir.’ (HR. Bukhari & Muslim)

Anjuran Memberi Nama yang Baik

Dengan isnad jayyid, Abu Daud meriwayatkan dari Abi Darda' ra. bahawa Nabi SAW bersabda :

“Sesungguhnya kamu dipanggil pada hari kiamat dengan nama-namamu dan nama-nama bapak-bapakmu, maka baikkanlah nama-namamu.”

Nama-nama yang Paling Disukai Allah

Diriwayatkan dalam Sahih Muslim, dari Ibnu Umar ra, bahawa Rasul SAW bersabda :

“Sesungguhnya nama-namamu yang paling disukai Allah Azza wa Jalla adalah Abdullah dan Abdurrahman.”

Jabir ra. berkata: ‘Seorang lelaki di antara kami mendapat anak, maka Ia menamainya Al-Qasim. Kami berkata: ‘Kami tidak bisa menjoloki kamu dengan Aba Al-Qasim dan tidak ada kemuliaan.’ Maka, orang itu memberitahu Nabi SAW, lalu beliau bersabda:

‘Namailah putramu Abdurrahman.’ (HR. Bukhari dan Muslim)

Melalui Abi Wuhaib Al-Jasymi, Abu Daud, Nasa’i dan lainnya meriwayatkan bahwa Rasul SAW bersabda :

"Pakailah nama nabi-nabi dan nama-nama yang paling disukai Allah Ta’ala adalah Abdullah dan Abdurrahman. Yang paling benar di antaranya adalah: Haris dan Hammam. Yang paling jelek di antaranya adalah Harb dan Murrah."

Anjuran Memberi Ucap Selamat

Sahabat-sahabat Imam Nawawi berkata : Dianjurkan memberi ucap selamat sesuai dengan yang diriwayatkan dan Husein bin Ali ra bahwa ia mengajari orang memberi selamat. Ia berkata: Ucapkanlah : "Semoga Allah memberi berkat kepadamu dan anakmu. Semoga engkau bersyukur kepada Pemberinya (Allah SWT). Semoga anak itu mencapai usia dewasa dan berbakti kepadamu."

Dianjurkan menjawab orang yang memberi selamat dengan ucapan: "Semoga Allah memberi berkat kepadamu. Semoga Allah membalasmu dengan kebaikan. Semoga Allah memberikan kepadamu yang seperti itu. Atau, semoga Allah memperbanyak pahalamu."

Larangan Memberi Nama yang Tidak Disukai

Diriwayatkan dalam Sahih Bukhari dan Muslim, dari Abu Hurairah ra, bahwa Nabi SAW bersabda :

"Sesungguhnya nama yang paling rendah di sisi Allah Ta’ala adalah orang laki-laki yang memakai nama raja segala raja.”

Dalam suatu riwayat, Muslim menyebutkan :

“Orang yang paling dimurkai di sisi Allah pada hari kiamat dan yang paling buruk adalah orang yang memakai nama raja segala raja, sedangkan tidak ada raja selain Allah.”

Larangan Memanggil Bapak dan Gurunya dengan Namanya

Diriwayatkan dalam kitab Ibnu Sunni, dari Abu Hurairah ra., bahwa Nabi SAW melihat seorang lelaki bersama anak kecil. Beliau bertanya kepada anak itu: ‘Siapa ini?’ Anak itu menjawab: ‘Bapakku. Beliau bersabda: ‘Jangan berjalan di depannya, jangan berbuat keburukan, jangan duduk sebelum dia duduk dan jangan memanggil dengan namanya.’

Ibnu Abbas ra. Berkata : ‘Dulunya Juwairiyah bernama Barroh, maka Rasulullah SAW mengubahnya menjadi Juwairiyah. Beliau tidak suka dikatakan keluar dari rumah si Barroh.’

Diriwayatkan dalam Sahih Bukhari, dari Said ibn Al-Musayyib bin Hazan, dari bapaknya, bahawa bapaknya datang kepada Nabi SAW. Beliau bertanya: ‘Siapa namamu?’ Ia menjawab: ‘Hazan (tanah keras). Beliau bersabda: ‘Namamu Sahal (mudah).’ Orang itu berkata: ‘Aku tidak mau merubah nama yang diberikan bapakku.’ Ibn Al-Musayyib berkata: ‘Maka tetaplah kami memiliki sifat kekerasan hati.’

Diriwayatkan dalam Sahih Bukhari dari Muslim, dari Ibnu Umar ra., bahwa Nabi SAW mengganti nama Ashiyah (suka melawan) dengan Jamilah (cantik).

Dalam Sunan Abu Daud, Nasa’i dan lainnya disebutkan bahwa ketika Suraih Hani’ Al-Haritsi datang bersama kaumnya kepada Rasulullah SAW, beliau mendengar mereka menjulukinya dengan Abi Al-Hakim (Bapak Hakim). Maka, Rasulullah SAW memanggilnya seraya bertanya :

‘Sesungguhnya Allah adalah Hakim dan Dialah yang memutuskan hukum. Lantas, kenapa engkau dijoloki Abi Al-Hakim?’ Ia menjawab: ‘Sesungguhnya jika kaumku berselisih tentang suatu hal, mereka datang kepadaku lalu aku putuskan di antara mereka sehingga masing-masing pihak merasa puas.’

Mendengar itu, Nabi SAW memujinya dan bertanya: ‘Alangkah baiknya hal ini, siapakah nama anakmu?’ Abu Suraih menjawab:

‘Anak-anak saya bernama Suraih, Muslim dan Abdullah.’ Beliau bertanya: ‘Siapakah yang terbesar di antara mereka?’ Aku menjawab: ‘Suraih.’ Beliau berkata: ‘Maka engkau adalah Abu Suraih (bapak si Suraih).’

Larangan dan Kebolehan Menyebut Jolokan Orang

a) Larangan

Allah SWT. Berfirman :

“...Janganlah kamu saling menjoloki dengan jolokan yang buruk...” (QS. Al-Hujurat: 11)

Para ulama telah sepakat atas pengharaman menjoloki orang dengan jolokan yang tidak disenanginya, baik hal itu adalah sifatnya, seperti si buta, si pincang, si mata satu, si belang, si koneng, si kuning, si bungkuk, si tuli, si biru, si pesek, si sumbing, si buntung, si lumpuh dan sebagainya, atau merupakan sifat bapaknya, ibunya atau selain itu yang tidak disukai.

Para ulama juga sepakat atas bolehnya menyebutnya sebagai pengenalan bagi orang yang tidak boleh mengenalnya melainkan dengan cara itu.

b) Yang Dibenarkan

Di antaranya Abu Bakar As-Siddiq ra. Namanya Abdullah bin Usman, jolokannya Atiq. Inilah yang sahih yang disepakati oleh sebahagian besar ulama, para ahli hadis dan ahli sejarah.

Ada yang mengatakan namanya Atiq, seperti diceritakan oleh Al-Hafidh Abu Al-Qasim Ibnu Asakir dalam kitabnya Al-Atraf. Yang tepat adalah yang pertama dan para ulama sepakat bahawa itu adalah jolokan yang baik.

Mereka berselisih pendapat tentang sebab penamaannya dengan nama Atiq. Diriwayatkan dari Aisyah, bahwa Rasulullah SAW bersabda: ‘Abu Bakar adalah orang yang dibebaskan Allah dari api neraka.’ Ia (Aisyah) berkata: ‘Maka, sejak itu ia dinamai Atiq.’

Mush’ab Ibnu Zubair dan ahli nasab lainnya berkata: Ia dinamai Atiq, kerana dalam nasab-nya tidak terdapat sesuatu yang patut dicela dan ada yang mengatakan selain itu.’

Juga Abu Turab, sebagai jolokan bagi Ali bin Abi Thalib ra. Jolokan lainnya adalah Abu al-Hasan.

Disebutkan dalam hadis yang sahih bahwa Rasulullah SAW mendapati Ali sedang tidur di masjid dan badannya berlumuran tanah. Maka beliau bersabda: ‘Bangunlah hai Aba Turab (Bapak Tanah), bangunlah hai Aba Turab.’ Dengan demikian, tetaplah jolokan yang baik dan bagus ini padanya.

Jolokan bagi Orang yang Tidak Punya Anak

Diriwayatkan dalam Sunan Abu Daud dan lainnya, dari Aisyah ra. yang berkata: ‘Ya Rasulullah, teman-temanku semua punya jolokan.’ Beliau bersabda: ‘Pakailah jolokan anakmu (keponakanmu), Abdullah.’ Yang dimaksud adalah Abdullah bin Zubair, iaitu puetra saudaranya, Asma’ binti Abu Bakar dan Aisyah dijoloki Ummu Abdullah (Ibu si Abdullah). Inilah yang sahih.

Adapun yang diriwayatkan dalam kitab Ibnu Sunni, dari Aisyah ra. yang berkata: ‘Aku mengalami keguguran, maka Nabi SAW menamainya Abdullah dan menjoloki aku dengan Ummu Abdullah.’ Maka ini adalah hadis yang dhaif.

Larangan Memakai jolokan Abu Al-Qasim

Diriwayatkan dalam Sahih Bukhari dan Muslim, dari sekelompok sahabat, di antaranya Jabir dan Abu Hurainah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda :

“Namailah (anak-anakmu) dengan namaku dan janganlah menjoloki mereka dengan jolokanku.”

Para ulama berselisih pendapat mengenai jolokan dengan Abu Al-Qasim atas tiga pendapat. Imam Syafii ra. berpendapat bahawa tidak halal bagi seseorang memakai jolokan Abu Al-Qasim, baik namanya Muhammad atau bukan. Di antara yang meriwayatkan dari As-Syafii adalah para imam ahli hafal yang patut dipercaya, para fuqaha dan ahli hadis, yaitu: Abu Bakar Al-Baihaqi, Abu Muhammad A1-Baghawi pada kitabnya At-Tahdzib dalam permulaan kitab Nikah dan Abu Al-Qasim Ibnu Asakir dalam Tarikh Damsyik.

Mazhab kedua adalah mazhab Malik ra., bahawasanya boleh memakai jolokan Abu al-Qasim bagi yang bernama Muhammad dan bagi lainnya. Larangan itu khusus berlaku di masa kehidupan Rasulullah SAW.

Mazhab ketiga adalah, tidak dibolehkan bagi yang namanya Muhammad dan dibolehkan bagi yang lain.

Imam Abu Al-Qasim Ar-Rafii berkata: Nampaknya mazhab ketiga ini lebih tepat, kerana orang-orang tetap memakai jolokan ini dari seluruh masa, tanpa ada pengingkaran. Pendapat yang disebutkan oleh yang empunya mazhab ini merupakan penyalahan yang jelas terhadap hadis itu.

Adapun kesempatan orang-orang yang melakukannya, padahal yang memakai jolokan itu adalah imam-imam ternama dan tokoh-tokoh utama, sedang mereka itu dijadikan teladan dalam urusan-urusan agama yang penting, maka hal itu menguatkan mazhab Malik mengenai kebolehannya secara mutlak dan mereka telah memahami dan kehidupan itu pengkhususannya pada masa kehidupan Rasulullah SAW, sebagaimana yang tersohor berupa sebab larangan itu dalam penjolokan orang Yahudi dengan Abu Al-Qasim dan pemanggilan mereka, hai Aba Al-Qasim, untuk mengganggu Rasululluh SAW, sedang makna ini telah lenyap.

Dari sumber mana orang Arab menamakan anak mereka

Ada pelbagai sumber yang menjadi asas orang-orang Arab memberi nama kepada anak-anak mereka. Iaitu mengambil sempena sesuatu. Mereka tidak akan memberi nama melainkan jika disebalik nama itu mempunyai makna.

Berikut ini disenaraikan antara sumber-sumber yang diamalkan oleh mereka dalam menamakan anak:

a. Sumber keagamaan: Agama telah begitu mendarah daging dalam diri manusia. Atas asas ini maka mereka ingin menzahirkannya melalui pemberian nama. Banyak nama-nama arab yang berteraskan keagamaan. Penganut Islam, contoh: Abdullah, Abdur Rahman, Tajuddin, Ahmad dan Muhammad.

Manakala penganut Kristian pula memberi nama: Ya'kub, Buthrus, Paulus dsbnya.

Para penyembah berhala pada zaman jahiliah memberi nama Abdul Uzza, Abdu Manah dan Abdul Laata, yang merupakan nama-nama yang cukup tersebar pada zaman jahiliah. Alhamdulillah, sekarang ini nama-nama berkenaan telahpun pupus. Tiada yang berhak disembah melainkan Allah Taala.

b. Bersumberkan nama-nama binatang: Terdapat berpuluh-puluh kabilah Arab yang menamakan kabilah mereka dengan nama binatang. Contoh: Kalb, kulaib, asad, fahd, yarbu', tsa'lab, namir, hishan, athrah dsbnya. Penamaan ini adakalanya kerana keistimewaannya atau kerana persahabatan mereka dengan binatang mereka atau kerana kemasyhurannya.

c. Bersumberkan nama-nama burung: Antara contohnya: Saqr, hammamah, syahin, 'iqab, haitam, ikrimah, nasr, yamamah, samamah, ushfur dll.

Faktor yang mendorong pemberian dengan nama tertentu

Sebahagian dari perkara penting yang mendorong orang-orang Arab memberi nama kepada anak-anak mereka dengan nama-nama tertentu adalah (tidak semuanya baik dan dibenarkan menurut syariat Islam) :

1. Mengambil berkat dan kebaikan dengan nama Allah, agama, nabi-nabi, rasul-rasul, para sahabat, para ulama dan ahli taqwa.

2. Kerana sikap optimis.

3. Setiap invidu dalam satu keluarga menggunakan nama-nama yang berasas kepada satu nama terbitan, seperti salim, saliim dan muslim. Atau umar, imran dan umair. Atau hamid, muhamad, ahmad dan hamd. Dan seterusnya.

4. Untuk lari dari musuh. Kerana itu kita akan dapati orang-orang Arab memberi nama anak mereka dengan nama binatang, seperti namir, sabu', tsaur. Dan dengan nama tumbuh-tumbuhan yang pahit atau berduri atau yang buruk dipandang. Contoh: Hanzalah, alqamah, qarzhah (pokok yang berduri). Atau sifat-sifat pembunuhan dan peperangan seperti qatlah, harb, thahum dan kinanah.

Sebaliknya mereka memberi nama kepada hamba-hamba mereka dengan nama yang baik. Seperti badar, nur, jauhar, qamar, subh, anas, qulub, jinan dan thurub.

Dikatakan bahawa kenapa orang-orang Arab memberi nama kepada anak-anak mereka dengan nama binatang atau yang seumpamanya, sedangkan hamba-hamba mereka diberi nama dengan nama yang baik?

Ini kerana, mereka memberi nama anak-anak mereka untuk musuh mereka dan memberi nama hamba-hamba mereka untuk diri mereka sendiri.

5. Berdasarkan kepercayaan mereka untuk memelihara seseorang dari hasad, roh-roh jahat dan jin. Sebab itulah kadangkala mereka memilih nama-nama yang mempunyai nama yang buruk.

6. Mengambil sempena masa atau situasi ketika anak mereka dilahirkan, seperti khamis, jum'ah, ramadhan, aid, harb, syuruq dan fajr.

7. Mengambil sempena nama tokoh-tokoh di dalam bidang politik, perang, keilmuan, sastera, seni dan sebagainya. Tujuannya kerana kemasyhuran tokoh-tokoh berkenaan atau dijadikan sebagai contoh teladan.

8. Untuk mendekatkan diri kepada pemerintah atau sebagai menyatakan kekaguman mereka kepada pemerintah berkenaan melalui jalan memberi nama dengan namanya.

9. Sebagai pengganti adik-beradik atau kaum kerabat yang telah mati melalui pemberian nama dengan nama mereka.

10. Sebagai pengaduan kerana telah banyak anak perempuan dalam sebuah keluarga, seperti memberi nama anak perempuan keempat dengan nama kafa, kelima muntaha dan keenam khitam.

11. Terdapat banyak lagi faktor-faktor yang mendorong penamaan orang-orang Arab untuk anak-anak mereka. Adakalanya kerana mahu membayar nazar yang dilakukan oleh salah seorang dari ibubapa mereka atau kedua-duanya. Atau kerana menunaikan mimpi oleh salah seorang dari dua ibubapa. Atau kerana mahu menyatakan keadaan kelahiran. Atau kerana berharap agar harapan dua ibubapa tertunai terhadap anaknya.

Tidak syak lagi bahawa Islam ketika datang telah memperbaharui dengan mengubah asas-asas kehidupan orang-orang Arab. Ia telah memberi kesan yang amat besar dalam mendorong pemberian nama kepada anak-anak mereka. Antaranya ialah:

1. Menghilangkan nama-nama berhala, seperti Abdul Uzza, Abdul Laata dll.

2. Memperelok nama-nama mereka kerana ketundukan kepada Allah dan RasulNya.

Note: Petikan dari al-Azkar al-Nawawi (Terjemahan)

Fadilat Bulan Rejab

Bulan Rejab merupakan salah satu bulan dari 12 bulan-bulan Islam. Bulan Rejab mengandungi peristiwa-peristiwa bersejarah kepada orang Islam dimana berlakunya peperangan Tabuk, pembebasan Al-Aqsa dari tangan tentera Salib dan juga ada orang Islam yang berpendapat bahawa bulan inilah berlakunya peristiwa Isra' dan mi'raj Nabi Muhammad saw. Tidak kurang juga ramai yang melihat bulan Rejab ini sebagai satu bulan spiritual dimana mereka mempertingkatkan ibadat sunat khususnya ibadat puasa.

Tarikan dan seruan yang ditiup ke dalam jiwa umat Islam Nusantara terutamanya untuk melakukan ibadat kebanyakannya dipengaruhi oleh penyebaran beberapa hadis-hadis yang mengandungi fadilat beribadat di dalam bulan ini. Jelas terlihat dari segi jualan buku-buku kecil yang mengandungi fadilat-fadilat bulan Islam begitu laris dipasaran menjelang bulan Rejab. Begitu juga di zaman era Internet ini (ICT), e-mail dan mailing list yg di forwardkan mengandungi 'cut paste' dari fadilat-fadilat Rejab yg terkandung didalamnya. Rata-rata tarikan fad'il (fadilat-fadilat) inilah merupakan faktor penarik kepada kebiasaan orang awam untuk melakukan ibadat sunat. Injeksi faktor ini dapat kita lihat dengan jelas penerapannya di dalam budaya Melayu-Islam seperti rangkap-rangkap sya'ir dibawah ini:[1]

Rejab bulan menabur benih
Sya'ban bulan menyiram tanaman
Ramadan bulan menuai

Rejab menyuci badannya
Sya'ban menyucikan hati
Ramadan menyucikan rohnya

Rejab bulan marghfirah
Sya'ban bulan syafaat
Ramadan bulan menggandakan kebajikan

Rejab bulan taubat
Sya'ban bulan muhibbah
Ramadan dilimpahi pahala amalan seperti hujan mencurah banyaknya

Rejab digandakan 70 pahala
Sya'ban diganda 700 pahala
Ramadan diganda 1000 pahala

Mungkin timbul beberapa persoalan yang tersimpan didalam lubuk hati kita - mengapa bulan Rejab sahaja yang dipilih mempunyai kelebihannya? Pernah atau tidak kita terfikir yang mungkin berita-berita ini ditokok tambah (exaggerate) oleh manusia biasa yg bercakap atas nama Nabi SAW? Mengapa didalam bulan ini terdapat solat-solat khas, zikir-zikir khas dan juga waktu-waktu khas untuk melakukan peribadatan? Disini kita ingin membawa beberapa penjelasan dari ulama'-ulama' muktabar dan kontemporari mengenai kesahihan fadilat yang terdapat didalam bulan itu sendiri, dan apakah sebenarnya fadilat yang terkandung di dalam Rejab.

Bulan Rejab merupakan satu bulan dari bulan-bulan Haram

Bulan Rejab merupakan salah satu dari bulan-bulan 'Haram' didalam Islam. Dalilnya terdapat didalam Firmah Allah SWT didalam Surah Al-Taubah ayat 9:

"Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya) dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa."

Menurut Tafsir Jalalain, yang dimaksudkan dengan "diantaranya empat bulan yg di hormati" ialah:

"Empat bulan Haram - Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab"[2]

Allah swt telah mengurniakan kepada manusia 4 bulan haram. Bulan-bulan ini sebagaimana yang disepakati oleh semua ulama' ialah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab. Umat Islam adalah diharamkan pergi berperang didalam bulan-bulan ini, kecualilah jika mereka diugut. Di dalam bulan ini terdapatnya ibadat Haji dijalankan (Zulhijjah), dimana pada hari Arafah disunatkan bagi mereka yang tidak menunaikan haji melakukan ibadat puasa. Rasulullah saw juga menggalakan umat Islam melakukan puasa sunat pada hari Asyura' (10 hb Muharam).

Apakah terdapatnya kesahihan fadilat khas berpuasa didalam bulan Rejab?

Disini nyatakan pandangan para ulama' mengenai kesahihan fadilat Rejab.

1. Sheikh Atiyah Al-Saqr.

a) Kebanyakan fadilat Rejab terkandung didalam Hadis yang sangat Lemah dan Palsu.

Bekas Ketua Lujnah Fatwa Al-Azhar mengatakan bahawa setiap fadilat sesuatu perkara itu harus dilihat dari segi nas yang sahih dan beliau melihat bahawa hadis-hadis yg didatangkan mengenai fadilat di dalam bulan Rejab kebanyakannya adalah lemah dan palsu, katanya:[3]

"Allah Subhanahu Wa Ta'ala memberi fadilat kepada beberapa bulan dan tempat, tetapi tidak thabit untuk masa (zaman) dan untuk tempat melainkan dengan dalil yang qath'i (nyata) dan tidak thabit sehingga tidak mendusta keatas Nabi Muhammad saw, dan banyak hadis-hadis timbul mengenai fadilat bulan Rejab, di mana statusnya antara Dha'if dan Mawdhu', dan tidak thabit dari pembawanya (naqal)."

Menurut Al-Saqr lagi bahawa:

"Al-Hafiz Ahmad bin Ali bin Mohammad bin Hajar Asqalaani meletakkan didalam risalahnya dengan topiknya : Penjelasan yg datang didalam Fadilat Rejab, pengumpulan jumhur Hadis menyebut mengenai Fadilat-Fadilat Rejab, Puasa dan Solat didalamnya. Ia dikelaskan sebagai Lemah dan Mawdhu"

b) Fadilat Rejab berada bersama dengan Fadilat bulan-bulan haram yang lain.

Fadilat Rejab secara umumnya berada didalam Fadilat bulan-bulan Haram sebagaimana Firman Allah didalam surah Taubah:36 dan terdapat juga Hadis Sahihin mengenai Hijatul Wada', di dalamnya dinyatakan nama bulan bulan tersebut, iaitu : Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram, dan yang tunggal ialah Rejab. Dimasa itu orang Islam ditegah melakukan kezaliman, peperangan dan juga dilarang melakukan maksiat kepada Allah swt.

c) Berpuasa hari pertama atau yang lain sama sahaja fadilatnya.

Berkata Al-Saqr lagi bahawa:

"Amalan Saleh di dalam bulan Rejab adalah sebagaimana ganjarannya didalam bulan-bulan Haram, yang di dalamnya terdapat puasa, SAMA sahaja [berpuasa] hari pertama atau pun hari akhir. Berkata Ibnu Hajar : 'Sesungguhnya bagi bulan Rejab tidak terdapatnya hadis mengenai fadilat khas berpuasa, tidak terdapat yang Sahih atau Hasan'. "

Beliau memetik beberapa hadis da'if dan palsu, diantaranya ialah:

i) "Sesungguhnya di dalam syurga ada sebuah sungai yg dipanggil Rejab, warna airnya sangat putih dari susu, manisnya lebih manis dari madu, barangsiapa yang berpuasa sati hari dari bulan Rejab, maka Allah akan memberi ia minum dari sungai itu" - hadis ini Dha'if.

ii) "Barangsiapa berpuasa sehari di dalam bulan Rejab seolah-olah dia berpuasa satu bulan, dan siapa yang berpuasa di dalamnya 7 hari maka akan ditutup 7 pintu-pintu neraka, dan barangsiapa yang berpuasa 8 hari maka 8 pintu-pintu syurga akan terbuka, dan barangsiapa yg berpuasa 10 hari, maka akan digantikan dosa dengan kebaikan" - hadis ini Dha'if.

iii) Terdapat sebuah hadis yang panjang mengandungi fadilat berpuasa Rejab menurut hari, dan di dalamnya terkandung matan : "Rejab bulan Allah. Sya'ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku" - Hadis ini palsu.

d) Tidak ada solat khas di dalam Rejab.

Daripada Hadis yang tidak diterima (ghair maqbulah) mengenai solat : "Barangsiapa yang solat Magrib di awal malam dari bulan Rejab, kemudian diikuti oleh solat 20 rakaat selepasnya, dia membaca pada setiap rakaat Al-Fatihah dan Qulhu Allahu Ahad sekali dan dia memberi salam kepadanya 10 kali salam, Allah akan menjaga dirinya, keluarganya, hartanya dan anaknya, dan akan diselamatkan dari azab kubur, dan perjalanan di sirat bagaikan boraq, tanpa hisab dan azab." - Itu adalah hadis Mawdhu'

e) Menziarah kubur pada bulan Rejab tiada nasnya.

Mengenai fadilat menziarah kubur pada bulan Rejab, Sheikh Atiyah Al-Saqr mengatakan bahawa perbuatan ini tidak ada dalilnya di dalam Islam. Beliau menyarankan agar lebih elok melihat mengenai sejarah-sejarah yang berlaku di bulan Rejab dan mengambil tauladan daripadanya.

"Ini adalah manusia yg prihatin, dan wanita dari kumpulan tertentu, mereka menziarahi kubur pada hari Jumaat pertama di dalam bulan Rejab, tidaklah ada asalnya di dalam agama, dan ganjaran yang besar daripada ziarah tersebut, dan bukanlah hari ini. Adalah lebih aula di dalam bulan Rejab ini kita mengingati kembali sejarah yang berlaku kepadanya seperti penaklukan Tabuk, mengingati Salahuddin Al-Ayobi menyelamatkan Jerusalem (Al-Qudus) dari tangan tentera Salib (Rejab 583H, 1187M). Orang Arab dan Islam menyucikan Masjid Al-Aqsa dari Ketua Pasukan Pakatan. Kita mengingatkan kembali peristiwa Isra' dan Mi'raj iaitu pengajaran darinya, dimana orang Islam menganggapnya berlaku di dalam bulan Rejab. Allah yg Maha Mengetahui."

2. Sheikh Dr Yusuf Al-Qardhawi

a) Fadilat Rejab sama dengan fadilat bulan-bulan haram yang lain.

Dr. Yusuf Al-Qardhawi mengatakan bahawa fadilat Rejab adalah sama seperti yang terdapat didalam 3 bulan-bulan Haram yang lain. Katanya [4]:

"tidaklah ada kesahihan di dalam bulan Rejab, melainkan ia merupakan salah satu dari bulan-bulan haram, bahawa Allah SWT telah menyebut didalam kitabnya - di dalamnya ada 4 bulan haram - Al-Taubah:36. Iaitu Rejab, Zulqaedah, Zulhijah dan Muharram.... Itulah bulan-bulan yg mempunyai fadilat. Tidak terdapat Hadis Sahih bahawa Rejab khusus mengatakan Rejab lebih afdal, melainkan Hadis Hasan: Sesungguhnya Nabi SAW banyak berpuasa di dalam Sya'ban.."

b) Hadis-Hadis mengenai fadilat Rejab kebanyakkannya lemah dan palsu.

Beliau juga menyatakan bahawa hadis-hadis mengenai fadilat-fadilat khas Rejab kebanyakan merupakan Hadis Palsu atau pun yang sangat Lemah tarafnya:

"Hadis ini dimaklumkan sebagai sebuah hadis yg mengandungi fadilat Rejab - "Rejab bulan Allah. Sya'ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku"..... Hadis in mungkar dan sangat-sangat Dhaif, bahkan beberapa ulama' mengatakan hadis ini Palsu! .... yakni penipu.. Maka bukanlah kepadanya nilai saintifik dan bukanlah mempunyai nilai agama. Di situ ada hadis yang mengatakan terdapat Fadilat Rejab kepada sesiapa yang bersolat begini dan ia mendapat begini, dan sesiapa yang meminta beristigfar sekali kepadanya maka ia akan mendapat ganjaran begini.... Ini semua adalah berlebih-lebihan (exaggeration), dan semuanya adalah pembohongan. Dari ini satu tanda satu penipuan di dalam Hadis yang memasukkan perkara yang berlebih-lebihan...."

c) Ganjaran yang dijanjikan tidak sepadan dengan amalannya.

Pada beliau ganjaran-ganjaran yang dinyatakan didalam Hadis Palsu itu adalah sesuatu yg berlebih-lebihan. Ini merupakan satu pendustaan yang amat besar. Menurut beliau ganjaran sesuatu ibadat itu mestilah setimpal dengan bentuk ibadat itu sendiri. Katanya : "Berkata ulama' : Janji untuk mendapatkan ganjaran yang besar diatas perkara yang biasa, atau ugutan kepada azab yang pedih ke atas dosa kecil? Ia menunjukkan bahawa ini merupakan Hadis yang bohong."

d) Umat Islam perlu mengetahui jenis-jenis hadis yang Palsu.

Dr Yusuf Qardhawi menyatakan bahawa sebagai seorang Islam kita wajib mengetahui mengenai hadis yang diberikan kepada kita. Tidak ada alasan yang boleh kita berikan kerana terdapatnya buku-buku yang banyak di pasaran mengenai taraf sesuatu hadis. Kata beliau : "Ulama' telah memberi amaran contohnya keatas Hadis Palsu dan Bohong ini, dan melarang manusia terhadapnya... sesungguhnya telah datang hadis :"Barangsiapa mereka-reka Hadis difikirkan, sesungguhnya ia menipu, maka dia adalah pembohong....."(Riwayat Muslim di dalam muqadimahnya yang Sahih), tetapi mereka tidak mengetahui bahawa ia adalah Hadis Palsu, maka ia wajib mengetahui, mengetahui hadis itu dari sumbernya .... maka di sana ada Kitab Hadis yang Muktamad, di sana ada kitab khas untuk mengetahui Hadis Palsu, contoh Al-Maqasid Al-Hasanah, karangan Al-Shakhaawi dsb.........."

3) Ibnu Hajar Al-Asqalani

Ibnu Hajar mengatakan adalah menjadi satu kesalahan menetapkan sesuatu hari atau bulan itu khas untuk melakukan amalan. Kenyataan ini dapat di lihat didalam fatwa Shiekh Al-Saqr[5] mengenai fadilat Rejab dengan memetik kata-kata Ibnu Hajar:

"Ibnu Hajar di dalam makalahnya ada menyebut berkenaan dengan terdapat hadis-hadis yang melarang berpuasa Rejab sepenuhnya, maka beliau berkata : Larangan ini terpulanglah kepada sesiapa yang berpuasa memuliakan Jahiliyyah, sebagaimana jika dia berpuasa dengan qasad(niat) yg bukan menjadikan penekanan atau mengkhususkan mengenai hari-hari yg dia berpuasa, atau pada malan tertentu dia berqiamullail, maka beliau percaya yg dilakukan itu adalah sunnah, maka ini adalah pekerjaan yg baik atas apa yg diletakkan dan tidak mengapa baginya. Maka jika ianya di khaskan atau menjadi suatu ketetapan, maka ia adalah DITEGAH (Mahzhur), dan makna penegahan itu dialam hadis Nabi saw bersabda :"Jangan mengkhaskan hari Jumaat untuk berpuasa dan jangan [mengkhaskan] malamnya berqiamullail". ! ! ! - riwayat Muslim. Jika mempercayai puasanya atau puasa ini lebih baik dari puasa lainya yg didalamnya terkandung puasa nazar, Ibnu hajar lebih cederung menegahnya, dan sebagaimana yg dinaqalkan oleh Abi Bakar Al-Thorthorshi didalam bukunya "Bid'ah wa hawadith" bahawa bulan Rejab dibenci olehnya kerana 3 jenis:
1. Sesungguhnya jika orang Islam mengkhaskan puasa di setiap hari kemuliaan awam secara tahunan.
2. Menjadikan ia seperti kefarduan ramadhan, atau menjadikan ia sunat sebagai sunat yg kekal.
3. Kerana puasa ini mempunyai fadilat khas dan puasa-puasa yg lainnya
kalau dengan itu apa yg dijelaskan oleh Rasulullah saw, : berkata Ibnu Dihya : "Puasa adalah amalan kebajikan"., Tidak terdapat fadilat berpuasa didalam Rejab maka perkara itu ditegah darinya. Tamat apa yg dinaqalkan oleh Ibnu Hajar."

4] Dr. Sayid Saabiq
Menurut seorang tokoh Ikhwan Dr Sayid Saabiq didalam membicarakan bab puasa sunat, mengatakan bahawa : "Puasa Rejab, bukanlah ada padanya fadilat yg berlebih dari bulan-bulan lain, melainkan sesungguhnya ia dari bulan-bulan yg haram".

Ini bermaksud bahawa bulan-bulan haram ini mempunyai fadilat-fadilat yg sama. Pendapat juga di sokong oleh mazhab Hanbali yg mengatakan menetapkan bulan Rejab sahaja untuk berpuasa sunat adalah makruh[6].

Hadis-hadis fadilat Rejab yang palsu atau dhaif

Dibawah ini disenaraikan beberapa contoh hadis-hadis palsu berkenaan dengan fadilat Rejab:[7]

a. Barang siapa yg mengerjakan solat Magrib pada permulaan malam Rejab kemudian dia mengerjakan 20 rakaat dengan membaca surah Al-Fatihah dan Qul Hu Allahhu Ahad pada tiap-tiap rakaat satu kali dan dia memberi salampada solat ini dengan 10 salam, maka tahukah kamu apa ganjaranya?
-Hadis ini Mawdhu' (palsu)
*Diriwayatkan oleh Al-Jauzaqanniy dari Anas, kemudian beliau berkata hadis ini adalah Palsu.

b. Barang siapa yg melakukan solat pada malam Nisfi Rejab 14 rakaat dengan membaca Alhamdu 1 kali pada rakaat, Qul Hu Allahhu Ahad 20 kali, Qul A'uuzu Birabbil Falaq 3 kali, Qul A'uuzu Birabbin Nas 3 kali kemudian apabila dia selesai bersolat hendaklah ia berselawat keatas ku 10 kali kemudian dia bertasbih, bertahmid dan bertahlil 30 kali, maka Allah akan mengutuskan kepadanya 1000 malaikat.
-Hadis ini Mawdhu' (palsu)
*Dalam ! ! ! sanadnya terdapat beberapi Rawi yang majhul.

c. Barang siapa yg berpuasa sehari pada bulan Rejab (ganjarannya) sama dengan puasa sebulan.
-Hadis sangat Dhaif.
*Diriwayatkan oleh Al-Khathiib dari Abi Dzar.
*Dalam sanadnya ada rawi yg bernama: Al-Furaat bin As-Saaib, dia adalah seorang rawi yg Matruk.
*Ibnu Hajar Al-Asqalaaniy telah menjelaskan bahawa para ahli hadis telah sepakat, bahawa hadis ini diriwayatkan dari jalan Al-Furaat bin As-Saaib, sedangkan rawi ini adalah seorang yg Dhaif.

d. Barang siapa yg berpuasa 3 hari pada bulan Rejab, dituliskan baginya ganjaran puasa satu bulan dan barang siapa yg berpuasa 7 hari pada bulan Rejab maka Allah tutupkan daripadanya 7 pintu-pintu api neraka. Dan barangsiapa yg berpuasa 8 hari pada bulan Rejab maka Allah membuka baginya 8 buah pintu dari pintu-pintu syurga, dan barang siapa yg berpu! ! ! asa separuh dari bulan Rejab maka dia akan di hisab dengan hisab yg mudah.
-Hadis ini Mawdhu' (palsu)
*Tidak disahkan hadis ini kerana rawi yg bernama Abaan merupakan rawi yg Matruk.
*Selain dari itu ada rawi yg bernama Amar bin Al-Azhar yg sangat suka memalsukan hadis.

e. Barang siapa yg berpuasa satu hari pada bulan Rejab dan bangun pada malam harinya mengerjakan solat malam maka Allah akan membangkitkan dia pada hari Kiamat dalam keadaan aman, dan dia berjalan di atas sirat dalam keadaan Tahlil dan Takbir.
-Hadis ini Mawdhu' (palsu)
*Dalam sanadnya ada rawi yg bernama Ismaail, dia adalah seorang rawi yg suka berdusta.

f. Barang siapa yg menghidupkan satu malam dari bulan Rejab mengerjakan solat malam dan berpuasa padanya satu hari, maka Allah memberi makan kepadanya dari buah-buahan Syurga.
-Hadis ini Mawdhu' (palsu) *Dalam Kitab Al-Laaly dijelaskan bahawa hadis ini diriwayatkan oleh Hussain bin Ali. Kemudian diterangkan bahawa hadis ini Mawdhu'.

Bagaimana beramal di dalam bulan ini?

a. Shiekh Mahmud Al-Sya'rawi[8] didalam menjawab satu pertanyaan mengenai apakan bulan dari bulan-bulan 'am yg afdal manusia berpuasa selepas bulan Ramadan, beliau memetik hadis berikut diriwayatkan oleh Musnad Ahmad :

"Seorang lelaki telah bertanya Rasulullah saw, katanya : Bulan mana kamu perintahkanku berpuasa selepas Ramadan? Maka Rasulullah saw berkata : Jika aku berpuasa selepas Ramadan, maka berpuasalah dibulan Haram, maka sesungguhnya didalamnya dari Taubat Allah swt keatas satu kaum, dan terdapat taubat didalamnya untuk satu kaum yg lain"

Jelas disini menunjukkan bulan-bulan haram ini disunatkan berpuasa dan juga terdapatnya keampunan Allah swt didalam bulan-bulan ini.

b. Bekas Mufti besar Arab Saudi, Shiekh Abdul Aziz Bin Baaz apabila ditanya berpuasa pada bulan-bulan haram, Beliau menjawab [9]:

"Bulan Muharam dari segi syara' dibolehkan berpuasa dengannya dan begitu juga Sya'ban, disana terdapatnya 10 Zulhijjah, bukanlah ada dalil disan keatasnya, akan tetapi berpuasa dengannya TANPA ber'itiqad yg khusus (khas) atau pribadi, maka tidaklah menjadi masalah."

Bagi bulan Allah Al-Haram tersebut, Rasulullah saw pernah bersabda : ((Seafdal-adfal berpuasa selepas ramadan ialah dibulan Allah Al-Haram)). Maka adalah baik bagi berpuasa, atau berpuasalah pada 9, 10 dan 11, itulah yg baik, begitu juga dengan Sya'ban dimana Nabi saw berpuasa dengannya"

c. Seorang Ulama' Islam dari negara Syria yg terkenal pada masa kini, Dr Wahbah Zuhaily mengatakan bahawa, kebanyakkan iman empat mazhab (Syafiie, Hanbali, Maliki dan Hanafi) bersetuju mengenai terdapatnya amalan berpuasa sunat didalam bulan-bulan haram ini, cuma ia berbeza pendapat mengenai cara implementasinya. kata Dr Wahbah Zuhaily[10] :

"Keutamaan berpuasa pada bulan-bulan ini terdapat disisi Mazhab Maliki dan Syafiie, dan mazhab Hanbali berpuas hati dengan keputusan sendirinya memberi keutamaan berpuasa dibulan Haram, pada mereka itulah puasa yg afdal selepas Ramadan, telah bersabda Rasulullah saw : ((Seafdal solat ialah pertengahan malam, dan seafdal puasa selepas bulan Ramadan ialah di bulan Allah Al-Haram)). Seafdal puada dibulan haram ialah Hari Al-Asyura', sebagaimana diantaranya. Dan berkata mazhab Hanafiah : Sunat berpuasa didalam bulan-bulan Haram, iaitu berpuasa 3 hari dari semuanya iaitu :- Hari Khamis, Jumaat dan Sabtu."

d. Shiekh Abdul Rahman Al-Jaziry didalam buku Kitab Fikh Empat Mazhab[11] juga memetik persetujuan 4 mazhab ini mengenai puasa dibulan-bulan haram, kata nya:

"Mengenai sunat berpuasa dibulan Rejab dan Sya'ban, Imam-imam ini telah bersetuju dengannya, cuma terdapat khilaf dengan hanbali.........
Hanbali : Menetapkan puasa Rejab (secara tunggal) adalah makruh, melainkan jika ia berbuka (tidak berpuasa) secara selang-seli, maka tidaklah Makruh."

e. Panelist fatwa IslamOnline, Shiekh Dr Yusuf Al-Qaradhawi, ketika diminta memberi fatwa mengenai apakah berpuasa didalam bulan Rejab itu sunat atau bid'ah, beliau telah menjawab [12]:
"Berpuasa didalam bulan Rejab adalah maqbul dan mustahab, keatas semua perkara. Tetapi bukanlah datang dari Rasulullah saw bahawa beliau berpuasa satu bulan penuh, melainkan bulan Ramadhan. Beliau banyak berpuasa didalam bulan Sya'ban, tetapi tidak berpuasa sepenuhnya, dan itulah sunnah nabawiyyah ... Beliau berpuasa dan berbuka disetiap bulan, seperti riwayat mengatakan : ((Beliau berpuasa sehingga kami mengatakan beliau tidak berbuka, Beliau berbuka sehingga kami mengatakan beliau tidak berpuasa)) (Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud). Maka beberapa golongan manusia berpuasa seluruh bulan Rejab, sebagaimana yg kita lihat sebelum ini, Aku telah lihat beberapa orang berpuasa bulan Rejab, Sya'ban, Ramadhan dan 6 hari didalam bulan Syawal, dan menamakannya "Al-Ayam Al-Baidh", selepas berbuka, mereka akan menjadi perayaan pada hari yg ke 8 dari Syawal....Hasil dari puasa ini ialah 3 bulan dan 6 hari saling berhubungan, mereka hanya akan berbuka apabila tiba Hari A'id. INI TIDAK DATANG DARI NABI SAW, atau pun dari para sahabat atau pun dari Al-Salaf Al-Saleh.. maka mereka berpuasa sehari dan berbuka sehari. Tidak ada berterusan didalam puasa. Semua kebaikan adalah menurut Salaf dan keburukan adalah dari rekaan para Khalaf. Barangsiapa yg ingin ber'iitiba' dan inginkan ganjaran, maka ia harus mengikut Nabi saw dimana tidak berpuasa sepenuhnya didalam Rejab, dan tidak berpuasa sepenuhnya didalam Sya'ban. Dan ini adalah yg lebih utama. Wa Billahi Tawfiq."

Beliau tegas mengatakan bahawasanya disunatkan berpuasa pada bulan-bulan haram, tetapi tidak lah sepenuh bulan Rejab dan Sya'ban, kerana ini tidak dilakukan oleh Rasulullah saw, atau sahabat-sahabatnya ataupun para ulama' Salaf.

Puasa-Puasa sunat yg lain

Syeikh Muhammad Mutawali Al-Sya'rawi didalam fatwanya[13] menjawab persoalan mengenai puasa-puasa sunat, beliau telah menyenaraikan 8 jenis puasa yg beliau sifat sebagai :"Puasa yg orang Islam lakukan bagi mendekatkan diri kepada Allah"

Puasa-puasa sunat (suka rela):

1. Hari Arafah (9 Zulhijjah kepada mereka yg tidak menunaikan Haji.
2. Hari Asyura', disitu ada hari 9 atau mana-mana hari 9 atau 10 Muharam.
3. 6 hari didalam bulan Syawal.
4. Hari-hari Putih didalam bulan-bulan Arab (islam) iaitu :- hari ke 13, 14 dan 15.
5. Berpuasa pada hari Isnin dan Khamis didalam setiap minggu.
6. Berpuasa didalam bulan-bulan haram iaitu :- Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.
7. Berpuasa mana-mana dari 9 hari dari bulan Zulhijjah, dari 1 hingga 9 Zulhijjah.
8. Berpuasa penuh didalam Sya'ban atau dengan banyaknya.

Para Fuqaha' berpendapat jika seseorang itu ingin melakukan puasa sunat, tetapi dia masih mempunyai baki puasa wajib, hendaklah ia mengqada'kannya. Bahkan jika ia mempunyai kifarat dan nazar, maka hendaklah dia melakukannya puasa itu dahulu.[14]

Kesimpulan :

1. Hadis-Hadis Bulan-Bulan Rejab kebanyakkannya adalah Mawdhu' (Palsu). Pendustaan terhadap Rasulullah saw. (Al-Saqr, Al Qardhawi)

2. Kita dilarang memilih-milih hari atau malam yg tertentu sahaja untuk melakukan ibadat khusus.(Hadis Nabi saw)

3. Tidak ada fadilat KHAS yg ditujukan pada bulan Rejab, yg ada cuma fadilat umum kepada ke empat-empat bulan haram.(Al-Saqr, Al-Qardhawi)

4. Tidak ada solat dan zikir khas untuk bulan Rejab (Al-Saqr, Al-Qaradhawi).

5. Bulan Rejab seperti bulan-bulan Haram yg lain disunatkan melakukan Puasa sunat dan banyakkan bertaubat. ( Imam Al-Sya'rawi)

6. Keadah berpuasa di dalam bulan-bulan haram ialah:
- hari yg ke 9,10,11 di dalam bulan Muharam (Syeikh Abdul Aziz bin Bazz)
- berpuasa hari Khamis, Jumaat, Sabtu (Hanafiah - Al-Zuhaily)
- Berpuasa pada bulan Rejab tidak sepenuhnya dan Sya'ban tidak sepenuh bulan (Al-Qardhawi)
- berpuasa pada hari Assyura' (10 Muharam) dan Hari Arafah (9 Zulhijjah).

7. Rejab tidak mempunyai kelebihan dari bulan-bulan yg lain, kecuali kelebihan sebagai bulan-bulan Haram.(Syed Sabiq)

8. Tidak boleh HANYA berpuasa dibulan Rejab sahaja, dimana 3 bulan-bulan yg Haram yg lain tidak langsung diberi keutamaan melakukan puasa (MazhabHanbali- Al-Jaziry)

9. Tidak ada dalil yg mengatakan bahawa menziarah kubur didalam bulan Rejab mempunyai kelebihannya.

10. AWASIlah dari terlibat menyebarkan HADIS-HADIS PALSU, kerana ditakuti kita adalah sebahagian dari mereka yg MENDUSTAKAN Rasulullah saw. (Na'uzubillahhu min zalik).

Dalam mempertingkat amalan-amalan kita kepada Allah SWT, sering kali kita disajikan dengan pelbagai-bagai amalan yang kelihatan banyak fadilatnya. Malah ada juga kedapatan beberapa fadilat-fadilat yg sangat rapuh dalilnya, bahkan ia menjadi pegangan sebahagian umat Islam pada hari ini. Bagi persoalan-persoalan seperti fadilat Rejab atau bulan-bulan yang lain, kita mesti kembali kepada 'role model' atau contoh kita, iaitu Rasulullah SAW sebagaimana firman Allah SWT didalam surah Al-Ahzab ayat 21:

"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)" [Al-Ahzab - 21].

Akhir kata, Selamat menyambut kedatangan bulan-bulan Haram sebagaimana yg telah diajarkan oleh Rasulullah SAW.