Sabtu, 21 November 2009

Walimatulurus Majlis Perkahwinan Chu

Assalammualaikum...kepada semua..jemputan ke majlis kenduri chu..semoga dengan kehadiran semua dapat menyerikan lagi majlis ini dan mendapat keberkatan illahi hendaknya..Sekian..

Jumaat, 20 November 2009

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha

Ibadat Korban - Haji
Sumber asal dari kitab Arab, “Fathul Mueen a Fikh
Pengarang : Shiekh Zainuddin al-Malbari

Terjemahan Lisan : Ustaz Abdul Kareem As Saquofi Imam Masjid Malabar Hidayatul Islam Selayang, Selangor D.E, Malaysia

Apakah itu ‘Ibadat Korban - Haji’

Ibadat korban adalah salah satu ibadat yang terpenting semasa umat Islam merayakan Hari Raya Aidil Adha, disamping itu ia juga merupakan satu
bentuk sedeka
h yang afdhal. Ibadat ini merupakan ‘millat nabi Ibrahim’ dan seterusnya menjadi ‘Sunat Kifayah’ untuk sesebuah keluarga Islam. Ini bermakna sekiranya seorang individu dari sebuah keluarga mengerjakan ibadat ini, maka ahli lain dalam keluarga tersebut terlepas dari sunat ini. Walaubagaimanpun, hanya orang yang mengerjakan ibadat ini akan mendapat pahala sunat tersebut dari ‘Allah’ s.w.t.

Seperti mengerjakan ibadat ‘fardu’ dan ‘sunat’ yang lain, niat” merupakan syarat yang sah dan dimestikan untuk mengerjakan ibadat korban ini. Niat merupakan yang ikhlas hendaklah dibuat semasa memberi duit untuk melakukan korban atau pun semasa penyembelihan korban tersebut dilakukan.

Sebagai tanda korban kita dihendaki menyembelih haiwan ternakkan yang boleh dimakan (Halal). Korban dilakukan dalam bentuk dangingnya yang boleh dimakan dan nyawa haiwan tersebut yang dikorbankan merupakan pengorbanan kepada ‘Allah’ s.w.t. Upacara korban juga dihendaki dilakukan secara gotong-royong bersama ahli Masjid / Surau, jiran sekampung (masyarakat Islam sekeliling) atau pun bersama sanak-saudara secara beramai.

Bilakah masa yang dibolehkan untuk ibadat korban.

Waktu mula dibolehkan untuk mengerjakan ibadat ini adalah pada hari Hari Raya Korban, iaitu setelah matahari terbit dan naik tinggi segalah, atau cukup waktu untuk sembahyang dua rakaat (sunat raya haji) dan di ikuti dengan dua khutbah setelah terbit matahari pada pagi Hari Raya Korban. Ibadat korban ini boleh dikerjakan sehingga matahari terbenam pada 13 Zulhijjah (akhir hari Tasyrik). Walaubagaimanpun penyembelihan korban adalah ‘makruh’ pada waktu mendekati senja (maghrib) dan malam sehingga terbit matahari keesokan hari. Syarat in tidak melibatkan mereka yang telah bernazar, kerana mereka ini di boleh untuk melakukan penyembelihan korban walaupun sudah lepas waktu tersebut.

Apakah haiwan yang boleh dikorbankan.

Haiwan yang afdhal untuk dikorbankan untuk ibadat ini adalah seperti kambing biasa, kambing biri-biri, lembu, kerbau dan unta. Sekiranya kambing atau kambing biri-biri disembelihyang merupakan haiwan bersaiz kecil, ia hanyalah satu bahagian penuh untuk seorang individu sahaja (1:1), tetapi haiwan yang lebih besar saiznya seperti ‘seekor’ lembu, kerbau atau unta boleh dikongsi sebagai tujuh bahagian untuk tujuh orang individu (1:7). Dari segi jangka usia haiwan untuk membolehkan korban dilakukan, kambing haruslah melebihi satu tahun. Manakala untuk haiwan besar seperti kambing biri-biri, lembu dan kerbau, haiwan tersebut perlu melebihi umur dua tahun. Untuk haiwan seperti unta pula ianya perlu melebihi lima tahun.

Sifat-sifat haiwan yang dimestikan untuk dikorban.

Haiwan yang akan di korbankan itu dimestikan sempurna sebaik-baiknya dari semua segi fizikal haiwan tersebut. Haiwan tersebut tidak boleh cacat (atau tempang) dari segi apa pun, tidak sakit dan sihat kesihatannya, tidak terlalu kurus saiznya , tidak buta atau putih matanya ,tidak bunting (hamil bagi yang betina) atau berkurap kulitnya. Haiwan yang terpotong telinganya atau ekornya tidak boleh diterimauntuk korban. Walaubagaimanapun sekiranya haiwan tersebut yang dilahirkan tanpa ekor ianya boleh diterima tetapi yang lahir tanpa telinga tidak boleh. Manakala Mazhab Hanafi pula memberi sedikit kelonggaran yang membenarkan haiwan yang satu pertiga (1/3) teliganya terpotong masih boleh dikorbankan dimana lain-lain syaratnya sempurna seperti diatas.

Bagaimanakah daging itu boleh digunakan.

Sekiranya seseorang itu telah bernazar, maka kesemua daging yang diperolehi dari disembelih hendaklah disedekahkan sepenuhnya seperti niat nazarnya. Jika tidak bernazar dan hanya niat korban biasa, maka adalah sunat untuk orang yang menjalankan ibadat ini untuk mengunakan sedikit dari daging itu untuk keperluan sendirinya. Amalan korban yang paling afdhalnya ialah sekiranya satu pertiga (1/3) daging korban disedekahkan kepada fakir miskin, satu pertiga (1/3) lagi dihadiahkan kepada jiran serta sahabat handai atau pun kepada ahli kariah Masjid / Surau dan satu pertiga (1/3) lagi yang tinggal untuk kegunaan sendiri serta keluarganya. Daging korban ini tidak boleh dijual atau diberikan sebagai upah kepada tukang sembelih atau yang lain yang mengerjakan ibadat ini.

Orang yang menjalankan ibadat Korban.

Orang yang menjalankan ibadat korban boleh menyembelih sendiri atau boleh mengupah orang untuk menyembelih haiwan tersebut. Dari 1 Zulhijjah sehingga masa korban ianya adalah hukum ‘makruh’ bagi memotong kuku, rambut atau bercukur bagi individu yang menjalankan ibadat ini. Bagi meraka yang mengamalan ‘Sunat’ bercukur, atau memotong rambut sempena Hari Raya atau hari Jumaat ianya tidak melibatkan mereka. Kaum wanita juga boleh menjalankan ibadat korban dengan mengambil kongsi korban tersebut tetapi tidak disunatkan menyembelihnya sendiri. Bagi tugas penyembilahan ianya adalah haram untuk orang bukan Islam untuk melakukannya kerana penyembelihan yang ‘Halal’ dimestikan oleh orang yang Islam dan perlu mengikuti syarat-syarat penyembelihan dengan bacaan yang betul dan alat (perkakas) sembelih yang betul.

Amalan Sunat ketika korban dilakukan.

Apabila mengerjakan penyembelihan untuk korban adalah disunatkan membaca ‘Bismillah’ semasa menyembelih haiwan tersebut. Sunat-sunat lain yang baik diamalkan termasuk memilih haiwan yang gemuk, lengkap dengan tanduknya dan mengerjakan sembahyang Hari Raya Korban dahulu sebelum menyembelih. Penyembelihan sunat dilakukan ditempat rata dan tidak kasar pada waktu siang hari. Haiwan yang akan disembelih itu diikat kakinya dan dibaringkan disisi kanannya dengan kakinya menghadap kiblat.. Adalah juga disunatkan menyebut nama Allah, menbaca Selawat dan Salam keatas nabi dan juga membaca “Allahumma haza minka , hua ilaika, fatakabbal minni”.




Assalamualaikum semua,,,ayahda di kampung nak sembelih kerbau,,so kalau sesiapa yang takdok halangngan melintang nye moh ler blik kampong skali kite yark!keh bereh,,hati-hati dijalan raya..ingtlah org tersayang..by kemebaik..



Isnin, 2 November 2009

Hai...Salam Perkenalan

Assalamualaikum...buat semua ahli keluarga Ibnu Zakaria...nama saya Muhammad Danish Ilmi Bin Razali.Saya ahli baru dalam keluarga ni.....Pak Long,Mak Long,Pak De,Mak de,Mak Ngah Kecik,Mak Chu,Mak Andak,Pak Tam dan Che Merrr....bile nak datang tengok sayeee???Pak Ngah,Mak Ngah dan Che Mar dah tengok sayeee......comel tak saye?



Isnin, 12 Oktober 2009

Tahniah...



Untuk tatapan semua penghuni blog..ney gambar terbaru baby girl De..Alhamdulilah De selamat melahirkan baby perempuan pada 10/10/09 seberat 3kg.Nama belum diberi lagi..semalam cu,andak,dekngah,tie bawak mak pi seremban tgk baby De..comei..bertambah cucu mak yang ke-15..huh..meriah..meriah...pape pun tahniah diucapkan kepada De sekeluarga...

Sabtu, 10 Oktober 2009

Makan lemang yark!!!

Bapok sedaknye mkn lemang di pagi raye...heheh...

Isnin, 28 September 2009

Mesyuarat Ahli Keluarga Hj Zakaria

Minit masyuarat ahli keluarga dan adik beradik sahaja bersama Hj Zakaria dan Pn Saripah pada hari raya ketiga yang lalu untuk Majlis Perkahwinan Cu dan Azrul.

Cadangan / Perkara yang dibentangkan :

- Jemputan di anggarkan seramai 1500 orang

1) - Tarikh Majlis : 19 hb Disember 2009 bersamaan 2 Muharam 1413H
Tempat : Rumah Hj Zakria Jaafar Kampung Paya Pulai Temerloh Pahang
( MR 20A, Kg Paya Pulai, Batu 4, Jalan Maran 28000 Temerloh Pahang.
Waktu / Masa : Jemputan 12.00 - 3.00 ptg

- Majlis Akad Nikah : 18 hb Disember 2009 bersamaan 1 Muharam 1413H
Tempat : Rumah Hj Zakaria Jaafar
Waktu / Masa : 9.00 mlm selepas solat isyak

2) - Menu Makanan yang dicadangkan untuk majlis :
- Nasi putih / Nasi minyak
- Daging masak kurma
- Ayam masak kicap
- Sayur labu / kundur
- Ulam & Sambal

3) - Menu untuk malam akad nikah :
- Nasi putih
- Sup Campur
- Rendang ayam
- Pulut
- Pencuci mulut - buah

4) - Dicadangkan penyembelihan kerbau dan proses melapah dibuat oleh penjual.Dan dihantar siap ke rumah Hj Zakaria.

5) - Sebagai Ketua Masakan Pak Jang dilantik selaku ketua mengendalikan dan bertanggjawab dalam semua hal masakan. Hj Zakaria selaku penasihat.Dan adik beradik yang lain sebagai AJK.

6) - Kak Long dilantik sebagai ketua yang menguruskan masakan pengantin. Dan dibantu oleh cikgu Kamariah (belum comfrim lagi).

7) - Selain itu untuk kerja2 pada hari majlis berlangsung termasuk mengangkat hidang / minuman dilantik Ohm, Zali dan Kemei ditugaskan dan bertanggungjawab dalam kerja- kerja tersebut. Juga akan dibantu oleh unit amal seramai lapan orang.

8) - Cara hidangan secara buffet di luar rumah.Tempat memasak juga akan dibuat diluar.
- Makan beradab bagi pengantin juga akan dibuat diluar.

9) - Kelengkapan pinggan magkuk , pemasangan khemah akan dibuat sehari sebelum majlis. (Jumaat pagi)

10)- Untuk penyambut tetamu pula Hj Zakaria & Pn Saripah dan dibantu oleh semua adik beradik dan ipar.

Sekian.
Di atas adalah perkara-perkara yang telah dibentangkan.Segala detail untuk pembahagian tugas nanti akan dilampirkan kemudian. Diharap semua dapat terlibat bagi melangsungkan majlis ini dengan penuh berkat lagi..Insyallah.

Rabu, 26 Ogos 2009

Pokok

Khamis, 20 Ogos 2009

Semua Yang Dimiliki Adalah Pinjaman

Abu Hurairah RA meriwayatkan Nabi Muhammad SAW bersabda :

"Manusia sentiasa mengaku apa sahaja yang ada adalah milik mereka. Hakikatnya, apa yang dimakan ataupun diminum akan habis serta apa yang dipakai akan rosak binasa. Namun, harta yang disimpan iaitu yang disedekahkan itulah yang akan menjadi milik mereka."

Dipetik dari buku Tundukkan Hati (TGNA).

Selasa, 18 Ogos 2009

Larangan Supaya Tidak Melampaui Batas

Rasulullah SAW bersabda :

"Tidak ada 2 ekor harimau yang lapar dilepaskan ke dalam kandang kambing, pasti harimau ini menerkam kambing-kambing itu. Walaupun begitu, harimau-harimau ini tidak begitu berbahaya berbanding manusia yang mencari harta dengan tamak haloba."

[Hadis Riwayat at-Tirmidzi]

Dipetik dari buku Tundukkan Hati (TGNA).

Isnin, 17 Ogos 2009

Cari Harta Untuk Manfaat Dunia & Akhirat

Rasulullah SAW bersabda :

"Semua wang ringgit yang dibelanjakan boleh menjadi fisabilillah kecuali duit yang dibelanjakan untuk membina rumah."

[Hadis Riwayat at-Tirmidzi]

Dipetik dari buku Tundukkan Hati (TGNA).

Khamis, 13 Ogos 2009

Jangan Lupa Allah

Rasulullah SAW bersabda :

"Dunia ini ibarat makhluk yang dilaknat kecuali yang ada di dalamnya sentiasa ingat kepada Allah."

Dipetik dari buku Tundukkan Hati (TGNA).

Rabu, 12 Ogos 2009

Manfaatkan 5 Peluang Keemasan

Amru Bin Maimun meriwayatkan Nabi Muhammad SAW bersabda :

"Ada 5 perkara yang sangat berharga yang diberikan percuma oleh Allah SWT kepada semua umat manusia. 5 perkara itu perlu dimanfaatkan oleh semua umat manusia dengan sebaik-baiknya sebelum datang 5 perkara yang lain. Ia adalah masa muda sebelum datang masa tua, masa sihat sebelum datang masa sakit, masa senang sebelum datang masa susah, masa lapang sebelum datang masa sibuk, serta masa hidup sebelum datang masa kematian."

Dipetik dari buku Tundukkan Hati (TGNA).

Selasa, 11 Ogos 2009

Nikmat Allah - Ujian Bagi Yang Beriman, Laknat Bagi Yang Kufur

Rasulullah SAW bersabda :

"Apabila kamu melihat Allah Taala memberi nikmat kepada hambaNya yang selalu membuat maksiat (derhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT."

[Hadis Riwayat at-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi]

Dipetik dari buku Tundukkan Hati (TGNA).

Isnin, 10 Ogos 2009

Zuhud - Tanda Bijaksana

Nabi Muhammad SAW bersabda :

"Alangkah bertuahnya manusia di dunia ini apabila Allah menurunkan nikmat dan Allah melancarkan lidahnya untuk berkata-kata, Allah memperlihatkan kepadanya keaiban dunia serta penyakit yang disebabkan olehnya, juga penawarnya dan Allah membawanya keluar dari dunia ini dengan keadaan selamat menuju ke akhirat."

Dipetik dari buku Tundukkan Hati (TGNA).

Pupuk Cinta Pada Akhirat

Rasulullah SAW bersabda :

"Dunia ini sedang berlalu pergi dan akhirat sedang menghampiri."

Dipetik dari buku Tundukkan Hati (TGNA).

Jumaat, 7 Ogos 2009

Jangan Ikut Hawa Nafsu, Jangan Panjang Angan-angan

Rasulullah SAW bersabda :

"Dalam banyak-banyak perkara yang aku bimbangi berlaku kepada umatku ialah perbuatan menurut hawa nafsu dan panjang angan-angan."
[Hadis Riwayat at-Tirmidzi]

Dipetik dari buku Tundukkan Hati (TGNA).

Khamis, 6 Ogos 2009

Tanda Harta Yang Berkat

Saidina Ali Bin Abi Talib RA ada meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :

"Apabila Allah Taala tidak memberkati harta seseorang manusia itu, ia dapat dilihat bagaimana harta itu dihabiskan seumpama menakung air di tanah. Ia tidak meninggalkan apa-apa kesan sekalipun."

Dipetik dari buku Tundukkan Hati (TGNA).

Rabu, 5 Ogos 2009

Berusaha Mengejar Redha Allah

Nabi Muhammad SAW bersabda :

"Harta yang ada di tangan manusia ibarat sebuah peti besi. Dan setiap peti besi itu ada kuncinya. Nyata bahagia bagi setiap manusia yang diberikan kunci untuk melakukan kebaikan dan ditutupi pintu kejahatan. Nyata celaka bagi manusia yang diberikan kunci kejahatan dan ditutupi pintu kebajikan."

Dipetik dari buku TGNA (Tundukkan Hati).

Selasa, 4 Ogos 2009

Kejar Dunia Untuk Akhirat

Abu Hurairah RA meriwayatkan Nabi Muhammad SAW bersabda :

"Sesiapa yang mengejar dunia dengan tujuan mengelak daripada meminta-minta dan dengan tujuan menjaga anak isterinya daripada memakan harta curi, harta samun dan sebagainya, dan dengan tujuan menjaga hubungan dengan jiran tetangga, dia akan bertemu dengan Allah di akhirat kelak dengan wajah yang berseri-seri umpama bulan purnama."

Dipetik dari buku Tok Guru Nik Aziz : Tundukkan Hati, Rahsia Keikhlasan Hidup Di Dunia Fana.

Khamis, 9 Julai 2009

Ceramah & Tazkirah .....

Assalamualaikum,

Koi menjemput semua untuk mendengar ceramah2 and kuliah ugama ....

a) http://ribuanceramah.blogspot.com/
b) http://protajdid.blogspot.com/
c) http://almarbawi2007.blogspot.com/
d) http://gagasanulamaaswj.blogspot.com/
e) http://satuumat.blogspot.com/

Terlalu banyak maklumat dan ilmu ugama untuk sama2 kita meningkatkan ilmu pengetahuan dan iman. Selamat membaca dan mendengar ceramah. Semoga ada manafaat dan diberkati.

Perkembangan Politik Tanah Air Dari Perspektif TGNA

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat adalah benteng utama parti itu. Beliau juga adalah pemacu unggul kerajaan Kelantan.

Idea-idea politiknya bernas. Setiap pertimbangan dan perkembangannya digarap bersandarkan al-Quran, Sunnah dan Realiti politik hari ini.

Demi mengetahui bagaimana beliau menafsirkan perkembangan politik tanah air, wartawan SUARA KEADILAN, MOHD NAJIB HASHIM menemubual Menteri Besar Kelantan ini.

Perkembangan politik Malaysia nampaknya menjurus kepada persaingan dua parti iaitu Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat? Apa komen Datuk?

“Bismillahirahmanirrahim. Pergelutan dan pergolakan politik ini bukan baru. Ia bukan wujud sejak wujudnya PAS dan Umno. Sejak manusia wujud di muka dunia ini, tidak pernah berhenti daripada permusuhan antara satu sama lain. Ini ketetapan Allah yang menciptakan manusia.

Waktu Nabi Adam hendak diturunkan dari syurga ke bumi, Allah sudah sebut pada Nabi Adam, 'satu sama lain bermusuh'. Kamu akan duduk di bumi, akan beranak, bercucu, bercicit sampai jadi penghuni dunia sepenuhnya. Semua anak beranak Nabi Adam. Dan satu sama lain akan bertengkar.

Bila Allah tahu yang manusia ini perlu bergelut, Allah menurunkan nabi. Pihak Nabi, pihak yang benar. Pihak lawan nabi pihak yang tidak benar. Sebab itu, sejak Nabi Adam wujud, dia nabi sehingga kepada Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa, Nabi Muhammad, tidak pernah wujud manusia yang tidak bergaduh.

Tapi, bila wujud keadaan bergaduh, maka nabi di pihak yang benar. Kerana nabi bukan belajar di sekolah, bukan belajar di pondok, bukan dia buat kajian, tapi dia terima langsung dari Allah s.w.t. Apa sahaja yang Allah s.w.t kehendaki, akan diturunkan kepada nabi, tidak kira nabi mana pun. Ini kaedahnya.

Saya ulang sekali lagi, tiap-tiap manusia, ada fikiran sendiri. Wajah tidak sama. DNA tidak sama. Urat jari pun tidak sama. Ini adalah kaedah asas dan akan timbul fikiran yang berbeza dan berlainan.

Jadi Allah sudah tetapkan di dalam Al-Quran, “mana-mana umat yang dapat hidayat Aku, maka siapa yang ikut hidayat Aku, maka orang itu akan selamat”. Hidayat Allah hanya dikurniakan kepada nabi.

Sekarang timbullah PAS dan Umno. Baru 50 tahun. Dulu semua sekali berada dalam Umno kerana ketika itu hanya ada satu sahaja parti iaitu Umno. Cikgu, orang kampung, tok guru, tok ayah, tok lebai, imam, makmum, raja, rakyat semuanya ahli Umno pada tahun 1946 sehinggalah 1951.

Sebab alim ulama’, mereka mempunyai risalah. Mesej daripada nabi-nabi kerana mereka ini waris nabi; tidak kira Cina muslim ke? Melayu muslim ke? Orang Asli muslim ke? Dia mempunyai pendirian sendiri kerana mereka menyambung tugas Nabi Muhammad.

Pada tahun 1961, alim ulama’ keluar Umno dan mereka tubuh Parti SeIslam Tanah Melayu, PAS. Mereka yakin jalan Umno salah. Dan saya sendiri yakin Umno salah. Bila salah berertinya tidak akan bertemu syurga yang jumpa hanya nerakalah. Bermula dari situ sehingga hari kiamat pun akan ada orang yang melawan golongan yang salah. Ini perintah daripada Allah.

Di sini timbul satu masalah. Pada pandangan orang Eropah, manusia ini tuan punya dunia. Contohnya, bila sebuah parti menang satu kawasan, mereka rasakan kawasan itu mereka yang punya. Ertinya, segala hasil kekayaan yang ada mereka sewenang-wenangnya bagi kepada siapa yang mereka mahu. Mereka rasuah, mereka bebas lakukan apa saja kerana mereka rasakan mereka telah menang kawasan itu dalam pilihanraya.

Itu pandangan orang yang lawan nabi. Nabi mengatakan dunia ini bukan kepunyaan kita, ia kepunyaan Allah, Kita hanya pengurus, yang dipanggil khalifah. Sebab itu DO hanya dilantik oleh kerajaan negeri untuk jaga sesuatu kawasan. Dia tidak boleh fikir dia berkuasa penuh. Dia hanya menerima pelantikan daripada kerajaan.

Kita cuma menerima pelantikan daripada Allah sebagai khalifah. Ini pandangan saya, Islam meletakkan manusia tidak mempunyai hak mutlak. Kerana hak mutlak ini kepunyaan Allah. Oleh yang demikian gerakan Islam seluruh dunia yakini bahawa kita manusia hanya pengurus. Sebab itu, orang yang berjaya mengurus ini, akhirat kelak mereka akan diupah, masuk syurga.

Kita dapat melihat aliran politik negara yang semakin menjurus ke arah Pakatan Rakyat. Bagaimanakah Datuk melihat perkara ini?

Dalam pilihanraya ke-12, rakyat menerima Pakatan Rakyat. Lima buah negeri jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Di Kelantan, sebelum pilihanraya baru-baru ini, Umno mempunyai 22 buah kerusi; menggelonsor semuanya tinggal enam kerusi.

Sedangkan bekas perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi menjanjikan pembangunan kepada Kelantan seperti cadangan membina jambatan yang kedua, laksanakan ECER (Wilayah Pembangunan Ekonomi Pantai Timor).

Saya bimbang juga, tapi sebutlah apa saja pembangunan, rakyat Kelantan faham bahawa pembangunan ini dapat dibuat oleh parti yang menguasai. Kalau parti A kuasai Kelantan, A lah yang buat pembangunan. Kalau A yang kuasai Kuala Lumpur, A lah yang buat pembangunan. Rakyat faham, Alhamdullillah.

Pembangunan bukan daripada duit parti. PAS ke; Umno ke; DAP ke. Pembangunan bukan dibuat daripada duit parti tapi duit rakyat yang kita kuasai. DAP kuasai negeri, DAP buat pembangunan. PAS kuasai negeri, PAS buat pembangunan. Umno kosong.

Sekarang Umno masih ada nyaris- nyaris di Kuala Lumpur, insyaAllah bila kita bagi penerangan yang jelas bahawa Umno melalui jalan yang salah bukan jalan nabi-nabi. Bila kita melalui jalan salah macam bila kita lalu jalan salah di Kuala Lumpur akan kena saman, kena kemalangan.

Saya telah hantar surat kepada Perdana Menteri, saya tanya dia dua perkara sahaja. Pertama, kerana apa tolak Islam? Keduanya, kenapa Umno lawan PAS? PAS ini terang-terang perlembagaannya Islam. PAS sudah pegang Kelantan 18 tahun. Saya buat macam Allah hendak. Yang Allah kata haram, saya haramkan. Yang boleh, saya bolehkan.

Apakah faktor yang menjadi penyatu dalam Pakatan Rakyat?

Sebagai orang PAS, saya sebut tadi, Umno melalui jalan salah. Mereka melalui jalan yang salah kerana mereka tak serupa dengan dasar nabi iaitu al-Quran dan hadis. Umno tolak. Umno buat rasuah. Rasuah ini bukan melibatkan orang kampung. Tapi pegawai-pegawai parti, ketua-ketua parti.

Sebelum pilihanraya ke-12, Umno buat mahkamah sesama ahlinya yang diketuai Tengku Ahmad Rithauddeen. Di situ terang-terang Umno terlibat dengan rasuah. Ini perbuatan jijik. Sebab kita cantas kebolehan orang lain dan kita bagi pada orang yang tidak berkenaan.

Ini Islam tidak boleh terima, PAS tidak boleh terima, saya fikir, komunis pun tidak boleh terima. Dan bila Umno tolak Islam, mahu tidak mahu mereka mesti akan terdedah pada rasuah. Sebab itu saya kata sokong PAS dapat pahala. Bagi saya, saya masuk pejabat seolah-olah saya masuk masjid.

Mampukah Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan negara? Ramai yang memperkatakan tentang kerjasama yang tidak mantap, masih berlaku perselisihan dan juga perbedaan pendapat. Bagaimana Datuk melihat isu ini?

Pakatan Rakyat masih setahun dua. Dulu PAS pun macam tu juga. Umno pun mula-mula kacau bilau jugak. Benda baru. Perlahan-lahan mantaplah. Semua kaedah Tuhan. Macam pokok, mula-mula tumbuh daun; dua tiga helai daun, sehingga besar. Masa mula-mula memang akan kena serang dengan cacing, semut, babi. Seperti juga manusia, mula-mula lemah, nak bercakap tidak boleh, boleh menangis je.

Nik Hassan Azmi (Dalam Blog DU PAS Pahang)

Isnin, 29 Jun 2009

Temerloh .......

Salam, walau ke mana pun kite pegi atau merantau, Temerloh tetap di hati .... Koi dah pergi ke banyak tempat, tapi mestilah Temerloh tidak dilupa ......

Bandor Temerloh

Jalan Maran

Kg. Paya Pulai

Disenaraikan laman2 menarik tentang Temerloh :-

a) Wikipedia
g) MPT
h) Pahang Community Forum
i) Kameh Oxperd Pahang
j) Rodhong Coil
k) [Akan ditambah lagi .....]

Sabtu, 27 Jun 2009

Soalan2 Lazim (FAQ) Influenze A H1N1

A. Berkenaan Penyakit

1. Apakah itu penyakit Influenza A (H1N1)?

Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh sejenis virus baru. Virus ini terhasil dari mutasi gene virus influenza babi, burung dan manusia.

2. Negara mana yang dilanda penyakit ini?

Maklumat yang ada pada masa ini menunjukkan bahawa kes yang terawal dijangkiti virus ini dilaporkan dari Mexico dan Amerika Syarikat pada April 2009 dan telah terus menular ke negara-negara lain.

Untuk maklumat terkini tentang negara-negara yang dilanda penyakit ini, sila rujuk laman web www.moh.gov.my (http://www.moh.gov.my/MohPortal/newsFull.jsp?action=load&id=446) dan www.who.int.

3. Apakah tanda dan gejala penyakit ini?

Gejala awal jangkitan ini adalah mirip selesema, seperti demam, batuk, sakit kepala, sakit badan, sakit tekak, selesema dan kadangkala muntah-muntah atau cirit birit.

4. Bagaimana kita boleh dijangkiti?

Virus ini berjangkit apabila pesakit batuk atau bersin. Titisan cecair pernafasan yang keluar akan terkena tangan pesakit, permukaan-permukaan (surfaces) atau tersebar ke udara. Seterusnya, seseorang akan dijangkiti sama ada melalui pernafasan; melalui sentuhan dengan tangan pesakit atau menyentuh permukaan-permukaan yang tercemar dengan titisan cecair pesakit.

5. Pada masa ini, adakah jangkitan berlaku daripada babi kepada manusia?

Tidak

6. Apakah nasihat kepada orang yang dijangkiti virus ini?

a) SEGERA dapatkan rawatan daripada doktor.

b) Untuk mengelakkan jangkitan kepada orang lain, tutup mulut dengan tisu atau sapu tangan apabila batuk dan bersin. Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun.

c) Tinggal di rumah dan hadkan hubungan dengan orang lain. Elak menyentuh mata, hidung dan mulut.

d) Elakkan daripada pergi ke tempat awam yang sesak.

e) Jangan gunakan pengangkutan awam untuk menggelakkan jangkitan kepada orang lain.

7. Berapa lamakah orang yang dijangkiti boleh menyebarkan virus ini?

a) Selagi mereka mempunyai gejala penyakit ini. Biasanya sehingga 7 hari dari tarikh mula mengalami gejala penyakit ini.

b) Kanak-kanak boleh menyebarkan penyakit ini bagi tempoh yang lebih lama.

8. Bagaimana anda boleh menghindari jangkitan penyakit ini?

a) Jauhi orang yang nampak tidak sihat dan menghidapi demam dan batuk.

b) Kerap cuci tangan dengan air dan sabun.

c) Elak menyentuh muka, khususnya hidung dan mulut untuk mengurangkan kemungkinan jangkitan.

d) Jika anda berada di tempat yang dilanda penyakit ini, elakkan berada di tempat awam yang sesak.

e) Ketahui situasi semasa penyakit ini dan langkah-langkah pencegahan yang perlu diambil.

f) Amalkan cara hidup sihat. Dapatkan tidur yang cukup, makan secara sihat dan lakukan aktiviti fizikal.

B. Berkenaan Vaksin

1. Terdapatkah vaksin untuk melindungi diri daripada Influenza A (H1N1)?

Belum ada.

2. Adakah vaksin baru akan dicipta?

Ya. WHO sedang berusaha ke arah itu.

3. Bilakah vaksin yang sesuai akan dihasilkan?

Mengikut WHO, ini akan mengambil masa antara 4 hingga 6 bulan.

C. Berkenaan Rawatan

1. Terdapatkah ubat untuk merawat penyakit ini?

Kementerian Kesihatan Malaysia mempunyai stok antiviral yang boleh merawat Influenza A (H1N1).

2. Bolehkah antiviral ini memberi perlindungan?

Antiviral ini digunakan untuk memberi rawatan yang berkesan dan tidak memberi perlindungan sepertimana vaksin.

D. Berkenaan Babi dan Influenza A (H1N1)

1. Adakah selamat memakan daging babi dan produk babi?

Ya. Daging babi dan produk babi yang dimasak pada suhu yang betul (160°F/70°C) adalah selamat untuk dimakan.

E. Berkenaan perjalanan ke luar negara

1. Bolehkah kita ke luar negara?

WHO tidak mengeluarkan sebarang larangan perjalanan. Walaubagaimanapun perjalanan yang tidak penting, khususnya ke negara-negara yang dilanda wabak ini perlulah dielak atau ditangguhkan. Jika perjalanan tidak dapat dielak, langkah-langkah perlindungan diri yang sesuai mesti diambil.

Mereka yang sakit mesti menangguhkan perjalanan. Sekiranya jatuh sakit setelah pulang, segera dapatkan rawatan.

F. Berkenaan Tahap-Tahap Pandemik

1. Apakah maksud tahap amaran Fasa 5 yang dikeluarkan WHO?

Pada tahap ini telah ada wabak di peringkat komuniti di sekurang-kurangnya 2 negara dalam satu-satu zon/kawasan/ rantau WHO.

2. Apakah yang dimaksudkan dengan jangkitan manusia yang berterusan (sustained human to human transmission)?

Jangkitan yang berlaku apabila 3 generasi terlibat – iaitu virus disebarkan daripada individu A kepada individu B dan seterusnya tersebar kepada individu C.

3. Apakah perbezaan antara ‘kes berkemungkinan dijangkiti’ (probable case) dan ‘kes disahkan’ (confirmed case)?

a) Kes yang ‘berkemungkinan dijangkiti’ mempunyai gejala-gejala selesema seperti demam, batuk, sakit kepala, lesu; dan sama ada positif kepada ujian influenza A atau mempunyai hubungan dengan kes lain yang ‘berkemungkinan dijangkiti’ atau kes yang telah disahkan.

b) Kes yang disahkan adalah kes yang telah disahkan positif melalui ujian makmal.

4. Pada peringkat manakah wabak ini akan diisytiharkan sebagai pandemik?

Pada fasa 6.

Bagi maklumat lanjut, sila hubungi Bilik Gerakan CPRC Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia di talian 03–8881 0200/0300 atau e-mel ke cprc@moh.gov.my

Maklumat Tambahan :

www.myhealth.gov.my/myhealth/bm

www.infosihat.gov.my

Kementerian Kesihatan Malaysia (02 Mei 2009/versi 2.0)

Jumaat, 26 Jun 2009

Penalaan Halus di dalam Alam Semesta

Dia Yang telah menciptakan tujuh lapisan syurga. Kamu tidak akan dapat menemui sebarang kecacatan dalam penciptaan Yang Maha Penyayang. Perhati kembali – adakah kamu lihat sebarang jurang? Kemudian perhati kembali dan kembali. Penglihatan kamu akan berubah kepada kamu terpukau dan kelelahan! (Quran, 67:3-4)

Dia Yang Memiliki kerajaan syurga–syurga dan bumi. Dia tidak beranak dan Dia tidak ada sekutu dalam kerajaanNya. Dia telah menciptakan segala-galanya dan telah menentukannya dengan amat sempurna. (Quran, 25:2)

Falsafah kebendaan muncul dengan tuntutan bahawa keseluruhan sistem adalah semulajadi dan alam semesta sebagai jentera yang berfungsi dengan sendiri serta perjalanan dan keseimbangan alam tanpa sebarang kecacatan hanyalah suatu kebetulan.

Walau bagaimanapun kini fahaman palsu kebendaan dan Darwinisme yang diistilahkan asas sains telah terbukti secara saintifik. (Lihat Harun Yahya, Percanggahan Evolusi dan Hujah Palsu Darwinisme)

Penemuan-penemuan saintifik abad ke-20 yang berturutan dengan pantas, satu demi satu dalam lapangan astrofizik dan biologi membuktikan kehidupan dan alam semesta telah dicipta.

Dengan runtuhnya penyataan kajian Darwinisme, teori Letupan Besar telah menunjukkan alam semesta telah diciptakan daripada tiada. Penemuan-penemuan telah menyerlahkan rekabentuk terhebat dan penalaan halus dalam dunia kebendaan yang telah menunjukkan ciri semulajadi yang dituntut oleh fahaman materialisme tanpa asas.

Kita perhatikan hanya Bumi yang dapat memenuhi syarat-syarat yang perlu bagi kehidupan. Bagi sebuah persekitaran yang sesuai untuk hidup, pelbagai keadaan yang tidak terhitung berlaku secara serentak tanpa noktah di sekeliling kita. Terdapat sejumlah ratusan bilion galaksi yang setiapnya mengandungi purata ratusan bilion bintang.

Dalam keseluruhan galaksi terdapat kemungkinan banyak planet seperti bintang. Bagi menghadapi bilangan yang terlampau kuasa ini, seseorang akan lebih memahami akibat pembentukan sebuah persekitaran tanpa pengecualian di bumi.

Daripada daya letupan besar kepada nilai-nilai fizikal atom, daripada tahap-tahap empat daya asas kepada proses kimia dalam bintang-bintang, daripada jenis cahaya yang dipancarkan oleh matahari kepada aras kelikatan air, daripada jarak bumi ke matahari kepada sudut kecondongan terhadap orbit dan daripada kelajuan putaran bumi atas paksinya kepada fungsi lautan dan gunung ganang di bumi: setiap yang terperinci sesuai bagi kehidupan kita.

Hari ini, dunia sains menerangkan ciri-ciri tersebut dengan konsep-konsep “Prinsip Antropik” dan “Penalaan Halus.” Konsep-konsep ini merumuskan bahawa alam semesta bukan tanpa tujuan, tanpa kawalan, atau pengumpulan jirim secara kebetulan tetapi mempunyai matlamat ke arah kehidupan manusia dan telah direkacipta dengan kepersisan tertinggi.

Perhatian diungkap dalam ayat di atas terhadap ukuran dan harmoni dalam ciptaan Allah. Perkataan “taqdeer” bermaksud “merekacipta, mengukur, mencipta dengan ukuran” telah diambilkira dalam ayat Al-Quran seperti Surah Al-Furqan 2. Perkataan “tibaaq” bermaksud “dalam harmoni” digunakan dalam Surah Al-Mulk 3 dan Surah Nuh 15.

Tambahan lagi, Allah menyingkap dalam Surah Al-Mulk dengan perkataan “tafaawut,” bermakna “bantahan, rusuhan, tidak mengikuti, tidak tersusun, berlawanan,” bahawa mereka yang mengingini ketidakharmonian akan gagal menemuinya.

Istilah “penalaan halus” yang telah mula digunakan hampir akhir abad ke-20 mewakili singkapan kebenaran dalam ayat-ayat tersebut. Selepas suku abad lalu, ramai saintis terulung, bijak pandai, dan penulis-penulis telah menunjukkan bahawa alam semesta bukan suatu pengumpulan kebetulan.

Sebaliknya wujud suatu rekacipta dan susunatur luarbiasa memenuhi setiap inci kehidupan manusia dengan amat sempurna. (Lihat Harun Yahya, Ciptaan Alam Semesta dan Satu Rantaian Keajaiban) Banyak ciri-ciri dalam alam semesta menunjukkan secara nyata rekaannya dijuruskan untuk menyokong kehidupan. Ahli Fizik Dr. Karl Giberson menyatakan fakta ini:

Dalam tahun 1960an, sejumlah ahli fizik membuat pemerhatian bahawa alam semesta kita telah ditala sehalusnya bagi kewujudan kehidupan manusia.

Kelajuan Letupan Besar :

Keseimbangan-keseimbangan yang diperkenalkan oleh fenomena letupan besar, kesegeraan formasi alam semesta adalah merupakan bukti-bukti keberadaan alam semesta secara kebetulan.

Menurut profesor ternama Universiti Adelaide dalam fizik matematik Paul Davies, sekiranya kadar pengembangan yang berlaku hasil letupan besar hanya satu dalam bilion bilion bahagian perbezaan, alam semesta tidak akan wujud.

Empat Daya :

Semua gerakan fizik dalam alam semesta berterimakasih kepada interaksi dan keseimbangan empat daya oleh fizik moden: graviti, daya electromagnet, daya kekuatan nuclear dan daya lemah nuclear. Daya-daya ini memiliki nilai-nilai luarbiasa antara satu sama lain.

Jarak antara Jasad Selestia :

Penempatan jasad-jasad selestia di angkasa dan ruang yang besar antara mereka adalah perlu demi kewujudan kehidupan di bumi. Jarak-jarak antara jasad-jasad selestia telah ditentukan melalui perkiraan dengan daya-daya sejagat yang berkuasa sebagai sokongan kehidupan atas muka bumi.

Graviti :

Jika graviti lebih kuat, ammonia dan metana berlebihan akan berkumpul di ruang atmosfera bumi memberikan kesan kemusnahan ke atas kehidupan.

Jika graviti lebih lemah, atmosfera bumi akan kehilangan kuantiti air berlebihan mengakibatkan kehidupan menjadi mustahil.

Jarak Bumi dari Matahari :

Jika jarak lebih jauh, planet akan menjadi amat sejuk, kitaran air atmosfera akan terjejas mengakibatkan planet mengalami zaman ais.

Jika bumi lebih dekat ke matahari, tumbuh-tumbuhan akan terbakar, kitaran air atmosfera musnah terus, dan kehidupan menjadi mustahil.

Ketebalan Kerak Bumi :

Jika kerak bertambah tebal, jumlah oksigen akan berpindah kepadanya secara berlebihan dari atmosfera.

Jika kerak bertambah nipis, peningkatan aktiviti gunung berapi mengakibatkan kehidupan menjadi mustahil.

Kelajuan Putaran Bumi :

Jika kelajuan berkurang, perbezaan suhu siang dan malam akan meningkat dengan besar.

Jika kelajuan bertambah, angin atmosfera akan mencapai kelajuan tertinggi mengakibatkan taufan dan ribut dan menjadikan kehidupan mustahil.

Medan Magnet Bumi :

Jika lebih kuat, ribut elektromagnetik yang amat kuat akan timbul.

Jika lebih lemah, maka bumi akan kehilangan perlindungan terhadap zarah-zarah berbahaya yang dikeluarkan oleh matahari dan dinamakan angin-angin suria. Kedua-dua keadaan akan mengakibatkan kehidupan menjadi mustahil.

Kesan Albedo (Pecahan Cahaya Pantulan oleh Bumi) :

Jika berlebih, zaman ais akan pantas terhasil.

Jika berkurang, kesan rumah hijau akan menyebabkan kepanasan lampau. Bumi akan mula dibanjiri dengan peleburan glasiar dan kemudian terbakar.

Perkadaran Oksigen dan Nitrogen dalam Atmosfera :

Jika bertambah, fungsi-fungsi terpenting untuk kehidupan akan diperlambatkan.

Jika berkurang, fungsi-fungsi terpenting untuk kehidupan akan dipercepatkan.

Perkadaran Karbon Dioksida dan Air dalam Atmosfera :

Jika bertambah, atmosfera akan mengalami panas lampau.

Jika berkurang, suhu atmosfera akan menurun.

Ketebalan Lapisan Ozon :

Jika bertambah, suhu bumi akan menurun secara mendadak.

Jika berkurang, bumi akan menjadi panas lampau dan tidak dapat bertahan terhadap sinaran lampau ungu yang dipancarkan oleh matahari.

Aktiviti Seismik (Gempa Bumi) :

Jika bertambah, akan berlaku perubahan mendadak yang tetap terhadap benda-benda hidup.

Jika berkurang, zat makanan di dasar laut akan gagal merebak ke dalam air. Ini akan memberi kesan kemusnahan kepada hidupan laut dan lautan juga seluruh benda-benda hidup di bumi.

Sudut Kecondongan Bumi :

Sudut kecondongan bumi ke orbit ialah 23 darjah.Ini merupakan penyebab kepada timbulnya musim-musim. Sekiranya sudut condong ini bertambah atau berkurang daripada nilainya kini, akan mengakibatkan perbezaan suhu antara musim-musim mencecah dimensi lampau, dengan musim panas teramat dan musim sejuk paling perit.

Saiz Matahari :

Bintang terkecil daripada matahari bermakna bumi akan membeku dan bintang terbesar akan mengakibatkan kebakaran.

Tarikan antara Bumi dan Bulan :

Jika bertambah, kuasa tarikan bulan akan memberi kesan tersangat serius ke atas keadaan atmosfera, kelajuan putaran bumi di atas paksinya dan pasang-surut lautan.

Jika berkurang, akan mengakibatkan perubahan iklim berlebihan.

Jarak antara Bumi dan Matahari :

Jika berkurang hanya sedikit, bulan akan berlanggar dengan bumi.

Jika bertambah hanya sedikit, bulan akan hilang di angkasa.

Jika berkurang walau sedikit, kesan bulan terhadap pasang surut di bumi akan mencapai dimensi berbahaya. Gelombang lautan akan melimpahi kawasan tanah rendah. Geseran yang timbul hasil daripada fenomena ini akan meningkatkan suhu lautan dan keseimbangan suhu peka yang perlu bagi kehidupan di bumi akan hilang.

Jika bertambah walau sedikit, pasang surut akan berkurang menjadikan lautan lebih tenang tanpa gelora. Air tenang akan membahayakan hidupan laut dan aras oksigen untuk pernafasan kita akan turut bahaya.

Suhu Bumi dan Kehidupan Asas Karbon :

Kewujudan karbon sebagai asas semua kehidupan bergantung kepada baki suhu dalam had tertentu. Karbon adalah bahan keperluan untuk molekul organic seperti asid amino, asid nukleik dan protin. Semua ini merupakan asas kehidupan. Atas alasan tersebut, kehidupan hanyalah berasaskan karbon. Oleh itu, suhu yang wujud mestilah tidak kurang daripada – 20 darjah Celsius dan tidak lebih daripada 1200 darjah Celsius (2480 F). Inilah had suhu atas bumi.

Ini hanya sebahagian kecil keseimbangan-keseimbangan peka yang berlebihan perlu bagi kehidupan atas bumi yang telah muncul dan untuk terus hidup. Bahkan ini sudah mencukupi untuk menyingkap secara nyata bahawa bumi dan alam semesta bukan wujud hasil daripada kebetulan-kebetulan yang berturutan.

Konsep-konsep “Penalaan Halus” dan “Prinsip Antropik” yang telah bermula digunakan dalam abad ke-20 merupakan pembuktian terhadap ciptaan Allah. Keharmonian dan perkadaran di dalamnya telah diterangkan dengan kejituan yang amat unggul empat belas abad dahulu dalam Al-Quran.


Oleh : Harun Yahya

Salam

SALAM, TAHNIAH ATAS KEJAYAAN BLOG BARU INI....

Khamis, 25 Jun 2009

Panduan Memberi Nama Anak

Memberi Nama Anak

Disunnahkan memberi nama bayi pada hari ketujuh dan kelahirannya atau pada hari kelahirannya.

Mengenai anjuran pada hari ketujuh adalah menurut riwayat Tirmidzi, dari Amr bin Syuaib, dari bapaknya, dari datuknya, bahawa Nabi SAW menyuruh memberi nama bayi pada hari ketujuh dari kelahirannya dan memotong tali pusatnya serta mengadakan akikah. (Tirmidzi menggolongkan sebagai Hadis Hasan)

Dengan isnad sahih, Abu Daud, Tirmidzi, Nasa’i, Ibnu Majah dan lainnya meriwayatkan dari Samurah bin Jundub, bahawa Rasul SAW bersabda :

“Setiap anak kecil tergantung dengan akikahnya yang disembelih baginya pada usia tujuh hari dan ia pun dicukur serta diberi nama.” (Tirmidzi menggolongkan sebagai Hadis Hasan Sahih)

Diriwayatkan dalam Sahih Muslim dan lainnya, dari Anas ra., bahawa Nabi SAW menyatakan:

“Malam ini aku mendapat anak, maka kuberi nama dengan nama bapakku (Nabi) Ibrahim SAW.”

Anas ra. berkata: ‘Abi Talhah mendapat anak, maka aku membawanya kepada Nabi SAW, lalu baginda mengucup mulutnya dan menamainya Abdullah. (HR. Bukhari & Muslim)

Sahal bin Saad As-Saidi ra. berkata: ‘Ketika Al-Mundzir bin Abi Usaid lahir, ia dibawa kepada Rasulullah SAW. Beliau meletakkannya di atas pehanya sedang Abu Usaid duduk. Nabi terlupa oleh sesuatu di hadapannya. Lalu Abu Usaid menyuruh mengangkatnya dari alas peha beliau. Kemudian mereka membawanya pulang.

Nabi SAW teringat, lalu beliau bertanya: ‘Di mana anak kecil itu? Abu Usaid menjawab: Telah kami bawa pulang, wahai Rasulullah.’ Beliau bertanya: ‘Siapa namanya? Dijawab oleh Abu Usaid: ‘Fulan.’ Beliau bersabda: ‘Tidak, tetapi namanya Al-Mundzir. Maka beliau SAW menamakannya pada waktu itu Al-Mundzir.’ (HR. Bukhari & Muslim)

Anjuran Memberi Nama yang Baik

Dengan isnad jayyid, Abu Daud meriwayatkan dari Abi Darda' ra. bahawa Nabi SAW bersabda :

“Sesungguhnya kamu dipanggil pada hari kiamat dengan nama-namamu dan nama-nama bapak-bapakmu, maka baikkanlah nama-namamu.”

Nama-nama yang Paling Disukai Allah

Diriwayatkan dalam Sahih Muslim, dari Ibnu Umar ra, bahawa Rasul SAW bersabda :

“Sesungguhnya nama-namamu yang paling disukai Allah Azza wa Jalla adalah Abdullah dan Abdurrahman.”

Jabir ra. berkata: ‘Seorang lelaki di antara kami mendapat anak, maka Ia menamainya Al-Qasim. Kami berkata: ‘Kami tidak bisa menjoloki kamu dengan Aba Al-Qasim dan tidak ada kemuliaan.’ Maka, orang itu memberitahu Nabi SAW, lalu beliau bersabda:

‘Namailah putramu Abdurrahman.’ (HR. Bukhari dan Muslim)

Melalui Abi Wuhaib Al-Jasymi, Abu Daud, Nasa’i dan lainnya meriwayatkan bahwa Rasul SAW bersabda :

"Pakailah nama nabi-nabi dan nama-nama yang paling disukai Allah Ta’ala adalah Abdullah dan Abdurrahman. Yang paling benar di antaranya adalah: Haris dan Hammam. Yang paling jelek di antaranya adalah Harb dan Murrah."

Anjuran Memberi Ucap Selamat

Sahabat-sahabat Imam Nawawi berkata : Dianjurkan memberi ucap selamat sesuai dengan yang diriwayatkan dan Husein bin Ali ra bahwa ia mengajari orang memberi selamat. Ia berkata: Ucapkanlah : "Semoga Allah memberi berkat kepadamu dan anakmu. Semoga engkau bersyukur kepada Pemberinya (Allah SWT). Semoga anak itu mencapai usia dewasa dan berbakti kepadamu."

Dianjurkan menjawab orang yang memberi selamat dengan ucapan: "Semoga Allah memberi berkat kepadamu. Semoga Allah membalasmu dengan kebaikan. Semoga Allah memberikan kepadamu yang seperti itu. Atau, semoga Allah memperbanyak pahalamu."

Larangan Memberi Nama yang Tidak Disukai

Diriwayatkan dalam Sahih Bukhari dan Muslim, dari Abu Hurairah ra, bahwa Nabi SAW bersabda :

"Sesungguhnya nama yang paling rendah di sisi Allah Ta’ala adalah orang laki-laki yang memakai nama raja segala raja.”

Dalam suatu riwayat, Muslim menyebutkan :

“Orang yang paling dimurkai di sisi Allah pada hari kiamat dan yang paling buruk adalah orang yang memakai nama raja segala raja, sedangkan tidak ada raja selain Allah.”

Larangan Memanggil Bapak dan Gurunya dengan Namanya

Diriwayatkan dalam kitab Ibnu Sunni, dari Abu Hurairah ra., bahwa Nabi SAW melihat seorang lelaki bersama anak kecil. Beliau bertanya kepada anak itu: ‘Siapa ini?’ Anak itu menjawab: ‘Bapakku. Beliau bersabda: ‘Jangan berjalan di depannya, jangan berbuat keburukan, jangan duduk sebelum dia duduk dan jangan memanggil dengan namanya.’

Ibnu Abbas ra. Berkata : ‘Dulunya Juwairiyah bernama Barroh, maka Rasulullah SAW mengubahnya menjadi Juwairiyah. Beliau tidak suka dikatakan keluar dari rumah si Barroh.’

Diriwayatkan dalam Sahih Bukhari, dari Said ibn Al-Musayyib bin Hazan, dari bapaknya, bahawa bapaknya datang kepada Nabi SAW. Beliau bertanya: ‘Siapa namamu?’ Ia menjawab: ‘Hazan (tanah keras). Beliau bersabda: ‘Namamu Sahal (mudah).’ Orang itu berkata: ‘Aku tidak mau merubah nama yang diberikan bapakku.’ Ibn Al-Musayyib berkata: ‘Maka tetaplah kami memiliki sifat kekerasan hati.’

Diriwayatkan dalam Sahih Bukhari dari Muslim, dari Ibnu Umar ra., bahwa Nabi SAW mengganti nama Ashiyah (suka melawan) dengan Jamilah (cantik).

Dalam Sunan Abu Daud, Nasa’i dan lainnya disebutkan bahwa ketika Suraih Hani’ Al-Haritsi datang bersama kaumnya kepada Rasulullah SAW, beliau mendengar mereka menjulukinya dengan Abi Al-Hakim (Bapak Hakim). Maka, Rasulullah SAW memanggilnya seraya bertanya :

‘Sesungguhnya Allah adalah Hakim dan Dialah yang memutuskan hukum. Lantas, kenapa engkau dijoloki Abi Al-Hakim?’ Ia menjawab: ‘Sesungguhnya jika kaumku berselisih tentang suatu hal, mereka datang kepadaku lalu aku putuskan di antara mereka sehingga masing-masing pihak merasa puas.’

Mendengar itu, Nabi SAW memujinya dan bertanya: ‘Alangkah baiknya hal ini, siapakah nama anakmu?’ Abu Suraih menjawab:

‘Anak-anak saya bernama Suraih, Muslim dan Abdullah.’ Beliau bertanya: ‘Siapakah yang terbesar di antara mereka?’ Aku menjawab: ‘Suraih.’ Beliau berkata: ‘Maka engkau adalah Abu Suraih (bapak si Suraih).’

Larangan dan Kebolehan Menyebut Jolokan Orang

a) Larangan

Allah SWT. Berfirman :

“...Janganlah kamu saling menjoloki dengan jolokan yang buruk...” (QS. Al-Hujurat: 11)

Para ulama telah sepakat atas pengharaman menjoloki orang dengan jolokan yang tidak disenanginya, baik hal itu adalah sifatnya, seperti si buta, si pincang, si mata satu, si belang, si koneng, si kuning, si bungkuk, si tuli, si biru, si pesek, si sumbing, si buntung, si lumpuh dan sebagainya, atau merupakan sifat bapaknya, ibunya atau selain itu yang tidak disukai.

Para ulama juga sepakat atas bolehnya menyebutnya sebagai pengenalan bagi orang yang tidak boleh mengenalnya melainkan dengan cara itu.

b) Yang Dibenarkan

Di antaranya Abu Bakar As-Siddiq ra. Namanya Abdullah bin Usman, jolokannya Atiq. Inilah yang sahih yang disepakati oleh sebahagian besar ulama, para ahli hadis dan ahli sejarah.

Ada yang mengatakan namanya Atiq, seperti diceritakan oleh Al-Hafidh Abu Al-Qasim Ibnu Asakir dalam kitabnya Al-Atraf. Yang tepat adalah yang pertama dan para ulama sepakat bahawa itu adalah jolokan yang baik.

Mereka berselisih pendapat tentang sebab penamaannya dengan nama Atiq. Diriwayatkan dari Aisyah, bahwa Rasulullah SAW bersabda: ‘Abu Bakar adalah orang yang dibebaskan Allah dari api neraka.’ Ia (Aisyah) berkata: ‘Maka, sejak itu ia dinamai Atiq.’

Mush’ab Ibnu Zubair dan ahli nasab lainnya berkata: Ia dinamai Atiq, kerana dalam nasab-nya tidak terdapat sesuatu yang patut dicela dan ada yang mengatakan selain itu.’

Juga Abu Turab, sebagai jolokan bagi Ali bin Abi Thalib ra. Jolokan lainnya adalah Abu al-Hasan.

Disebutkan dalam hadis yang sahih bahwa Rasulullah SAW mendapati Ali sedang tidur di masjid dan badannya berlumuran tanah. Maka beliau bersabda: ‘Bangunlah hai Aba Turab (Bapak Tanah), bangunlah hai Aba Turab.’ Dengan demikian, tetaplah jolokan yang baik dan bagus ini padanya.

Jolokan bagi Orang yang Tidak Punya Anak

Diriwayatkan dalam Sunan Abu Daud dan lainnya, dari Aisyah ra. yang berkata: ‘Ya Rasulullah, teman-temanku semua punya jolokan.’ Beliau bersabda: ‘Pakailah jolokan anakmu (keponakanmu), Abdullah.’ Yang dimaksud adalah Abdullah bin Zubair, iaitu puetra saudaranya, Asma’ binti Abu Bakar dan Aisyah dijoloki Ummu Abdullah (Ibu si Abdullah). Inilah yang sahih.

Adapun yang diriwayatkan dalam kitab Ibnu Sunni, dari Aisyah ra. yang berkata: ‘Aku mengalami keguguran, maka Nabi SAW menamainya Abdullah dan menjoloki aku dengan Ummu Abdullah.’ Maka ini adalah hadis yang dhaif.

Larangan Memakai jolokan Abu Al-Qasim

Diriwayatkan dalam Sahih Bukhari dan Muslim, dari sekelompok sahabat, di antaranya Jabir dan Abu Hurainah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda :

“Namailah (anak-anakmu) dengan namaku dan janganlah menjoloki mereka dengan jolokanku.”

Para ulama berselisih pendapat mengenai jolokan dengan Abu Al-Qasim atas tiga pendapat. Imam Syafii ra. berpendapat bahawa tidak halal bagi seseorang memakai jolokan Abu Al-Qasim, baik namanya Muhammad atau bukan. Di antara yang meriwayatkan dari As-Syafii adalah para imam ahli hafal yang patut dipercaya, para fuqaha dan ahli hadis, yaitu: Abu Bakar Al-Baihaqi, Abu Muhammad A1-Baghawi pada kitabnya At-Tahdzib dalam permulaan kitab Nikah dan Abu Al-Qasim Ibnu Asakir dalam Tarikh Damsyik.

Mazhab kedua adalah mazhab Malik ra., bahawasanya boleh memakai jolokan Abu al-Qasim bagi yang bernama Muhammad dan bagi lainnya. Larangan itu khusus berlaku di masa kehidupan Rasulullah SAW.

Mazhab ketiga adalah, tidak dibolehkan bagi yang namanya Muhammad dan dibolehkan bagi yang lain.

Imam Abu Al-Qasim Ar-Rafii berkata: Nampaknya mazhab ketiga ini lebih tepat, kerana orang-orang tetap memakai jolokan ini dari seluruh masa, tanpa ada pengingkaran. Pendapat yang disebutkan oleh yang empunya mazhab ini merupakan penyalahan yang jelas terhadap hadis itu.

Adapun kesempatan orang-orang yang melakukannya, padahal yang memakai jolokan itu adalah imam-imam ternama dan tokoh-tokoh utama, sedang mereka itu dijadikan teladan dalam urusan-urusan agama yang penting, maka hal itu menguatkan mazhab Malik mengenai kebolehannya secara mutlak dan mereka telah memahami dan kehidupan itu pengkhususannya pada masa kehidupan Rasulullah SAW, sebagaimana yang tersohor berupa sebab larangan itu dalam penjolokan orang Yahudi dengan Abu Al-Qasim dan pemanggilan mereka, hai Aba Al-Qasim, untuk mengganggu Rasululluh SAW, sedang makna ini telah lenyap.

Dari sumber mana orang Arab menamakan anak mereka

Ada pelbagai sumber yang menjadi asas orang-orang Arab memberi nama kepada anak-anak mereka. Iaitu mengambil sempena sesuatu. Mereka tidak akan memberi nama melainkan jika disebalik nama itu mempunyai makna.

Berikut ini disenaraikan antara sumber-sumber yang diamalkan oleh mereka dalam menamakan anak:

a. Sumber keagamaan: Agama telah begitu mendarah daging dalam diri manusia. Atas asas ini maka mereka ingin menzahirkannya melalui pemberian nama. Banyak nama-nama arab yang berteraskan keagamaan. Penganut Islam, contoh: Abdullah, Abdur Rahman, Tajuddin, Ahmad dan Muhammad.

Manakala penganut Kristian pula memberi nama: Ya'kub, Buthrus, Paulus dsbnya.

Para penyembah berhala pada zaman jahiliah memberi nama Abdul Uzza, Abdu Manah dan Abdul Laata, yang merupakan nama-nama yang cukup tersebar pada zaman jahiliah. Alhamdulillah, sekarang ini nama-nama berkenaan telahpun pupus. Tiada yang berhak disembah melainkan Allah Taala.

b. Bersumberkan nama-nama binatang: Terdapat berpuluh-puluh kabilah Arab yang menamakan kabilah mereka dengan nama binatang. Contoh: Kalb, kulaib, asad, fahd, yarbu', tsa'lab, namir, hishan, athrah dsbnya. Penamaan ini adakalanya kerana keistimewaannya atau kerana persahabatan mereka dengan binatang mereka atau kerana kemasyhurannya.

c. Bersumberkan nama-nama burung: Antara contohnya: Saqr, hammamah, syahin, 'iqab, haitam, ikrimah, nasr, yamamah, samamah, ushfur dll.

Faktor yang mendorong pemberian dengan nama tertentu

Sebahagian dari perkara penting yang mendorong orang-orang Arab memberi nama kepada anak-anak mereka dengan nama-nama tertentu adalah (tidak semuanya baik dan dibenarkan menurut syariat Islam) :

1. Mengambil berkat dan kebaikan dengan nama Allah, agama, nabi-nabi, rasul-rasul, para sahabat, para ulama dan ahli taqwa.

2. Kerana sikap optimis.

3. Setiap invidu dalam satu keluarga menggunakan nama-nama yang berasas kepada satu nama terbitan, seperti salim, saliim dan muslim. Atau umar, imran dan umair. Atau hamid, muhamad, ahmad dan hamd. Dan seterusnya.

4. Untuk lari dari musuh. Kerana itu kita akan dapati orang-orang Arab memberi nama anak mereka dengan nama binatang, seperti namir, sabu', tsaur. Dan dengan nama tumbuh-tumbuhan yang pahit atau berduri atau yang buruk dipandang. Contoh: Hanzalah, alqamah, qarzhah (pokok yang berduri). Atau sifat-sifat pembunuhan dan peperangan seperti qatlah, harb, thahum dan kinanah.

Sebaliknya mereka memberi nama kepada hamba-hamba mereka dengan nama yang baik. Seperti badar, nur, jauhar, qamar, subh, anas, qulub, jinan dan thurub.

Dikatakan bahawa kenapa orang-orang Arab memberi nama kepada anak-anak mereka dengan nama binatang atau yang seumpamanya, sedangkan hamba-hamba mereka diberi nama dengan nama yang baik?

Ini kerana, mereka memberi nama anak-anak mereka untuk musuh mereka dan memberi nama hamba-hamba mereka untuk diri mereka sendiri.

5. Berdasarkan kepercayaan mereka untuk memelihara seseorang dari hasad, roh-roh jahat dan jin. Sebab itulah kadangkala mereka memilih nama-nama yang mempunyai nama yang buruk.

6. Mengambil sempena masa atau situasi ketika anak mereka dilahirkan, seperti khamis, jum'ah, ramadhan, aid, harb, syuruq dan fajr.

7. Mengambil sempena nama tokoh-tokoh di dalam bidang politik, perang, keilmuan, sastera, seni dan sebagainya. Tujuannya kerana kemasyhuran tokoh-tokoh berkenaan atau dijadikan sebagai contoh teladan.

8. Untuk mendekatkan diri kepada pemerintah atau sebagai menyatakan kekaguman mereka kepada pemerintah berkenaan melalui jalan memberi nama dengan namanya.

9. Sebagai pengganti adik-beradik atau kaum kerabat yang telah mati melalui pemberian nama dengan nama mereka.

10. Sebagai pengaduan kerana telah banyak anak perempuan dalam sebuah keluarga, seperti memberi nama anak perempuan keempat dengan nama kafa, kelima muntaha dan keenam khitam.

11. Terdapat banyak lagi faktor-faktor yang mendorong penamaan orang-orang Arab untuk anak-anak mereka. Adakalanya kerana mahu membayar nazar yang dilakukan oleh salah seorang dari ibubapa mereka atau kedua-duanya. Atau kerana menunaikan mimpi oleh salah seorang dari dua ibubapa. Atau kerana mahu menyatakan keadaan kelahiran. Atau kerana berharap agar harapan dua ibubapa tertunai terhadap anaknya.

Tidak syak lagi bahawa Islam ketika datang telah memperbaharui dengan mengubah asas-asas kehidupan orang-orang Arab. Ia telah memberi kesan yang amat besar dalam mendorong pemberian nama kepada anak-anak mereka. Antaranya ialah:

1. Menghilangkan nama-nama berhala, seperti Abdul Uzza, Abdul Laata dll.

2. Memperelok nama-nama mereka kerana ketundukan kepada Allah dan RasulNya.

Note: Petikan dari al-Azkar al-Nawawi (Terjemahan)